Malaysia mara ke separuh akhir
Piala Thomas
Oleh Saiful Affendy Sapran
New Delhi: Skuad negara
melangkah ke saingan separuh akhir Piala Thomas selepas menewaskan Denmark 3-1
pada saingan suku akhir di Kompleks Sukan Siri Fort, di sini tadi.
Datuk Lee Chong Wei yang turun
selaku perseorangan pertama meresahkan kem negara apabila tewas set pertama
20-22 kepada Jan O Jorgensen tetapi kembali bangkit dalam dua set berikutnya
21-14, 21-17. Kemenangan Chong Wei bagaimanapun gagal diteruskan gandingan Tan
Boon Heong-Hoon Thien How yang tewas kepada Mads Pieter Kolding-Mads Conrad
Peterson 14-21, 18-21.
Malaysia kembali di hadapan
apabila Chong Wei Feng menewaskan Hans Kristian Vittinghus, 19-21, 21-14, 21-8.
Goh V Shem-Tan Wee Kiong sekali lagi muncul wira negara selepas menewaskan
Carsten Mogensen-Joachim Fisher Nielsen, 21-19, 21-13.
Regu negara, Goh V Shem (kiri)
dan Tan Wee Kiong meraikan kemenangan menentang Denmark pada perlawanan suku
akhir Piala Thomas.
Artikel ini disiarkan pada :
2014/05/23
No comments:
Post a Comment