SABELLA (tengah) sibuk
mengendalikan latihan skuad Argentina kelmarin. Argentina antara pasukan
pilihan untuk menjuarai Piala Dunia tahun ini.
BUENOS AIRES - Pemain sayap,
Angel Di Maria berkata, skuad Argentina dianggap gagal jika tidak berjaya
mendakap trofi Piala Dunia 2014 di Brazil bulan depan.
Kali terakhir Argentina
mendakap trofi Piala Dunia ialah pada 1986 selepas menewaskan Jerman 3-2.
Justeru, Di Maria nekad mahu
memastikan penyokong Argentina kembali bersorak pada kempen kali ini.
"Jika kami gagal mendakap
trofi Piala Dunia kali ini, kami dianggap gagal.
"Ia satu realiti buat
mana-mana pasukan.
"Ada tujuh aksi genting
termasuk final dan kami perlu berjuang bermati-matian untuk merealisasikan
impian kami.
"Saya juga sanggup
'terbunuh' di atas padang asalkan kami muncul juara," kata Di Maria.
Sebelum ini, Argentina
ditunjukkan jalan keluar di peringkat suku akhir dalam dua kempen terdahulu.
Pada kempen kali ini, skuad
kendalian Alejandro Sabella diundi dalam Kumpulan F bersama Nigeria,
Bosnia-Herzegovina dan Iran. - Agensi
RUJUKAN-KOSMO ONLINE 30.5.14
No comments:
Post a Comment