BANGKOK 26 Mei - Junta tentera
baharu Thailand, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Prayuth Chan-ocha semalam
menyatakan bahawa beliau secara rasmi disahkan oleh raja sebagai ketua majlis
tentera yang akan mentadbir negara tersebut dan memberi amaran akan menggunakan
kekerasan jika bantahan politik berkembang semula.
Prayuth yang mula berkuasa pada
22 Mei lepas berkata, tentera akan memulihkan semula keadaan selepas tujuh
bulan demonstrasi jalanan yang membawa maut berleluasa di jalan utama di
Thailand. Pihak tentera telah bertindak menangkap sejumlah ahli politik,
aktivis dan ramai lagi untuk siasatan lanjut.
"Kita akan kembali kepada
keadaan seperti sebelum ini? Jika anda mahu berbuat demikian, saya akan
menggunakan kekerasan dan melaksanakan undang-undang yang tegas. Anda perlu
memaafkan mana-mana langkah yang tegas itu kerana ia perlu mengikut
keadaan," kata Prayuth dalam satu kenyataan di televisyen. - AGENSI
RUJUKAN-
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140526/lu_11/Prayuth-secara-rasmi-disahkan-raja-untuk-tadbir-Thailand#ixzz32uwjgxTF
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment