Ozil impi beraksi sehebat
legenda
MUNICH - Mesut Ozil berhajat
meletakkan namanya setaraf dengan legenda Jerman dengan menjadikan pusingan
akhir Piala Dunia 2014 di Brazil bulan depan sebagai batu loncatan.
Ozil masih segar dengan
kejayaan membantu Arsenal menamatkan kemarau trofi sejak 2005 apabila mendakap
Piala FA baru-baru ini, selain menjaringkan lima gol bersama The Gunners musim
ini.
Namun, dia masih gagal mendakap
sebarang trofi utama bersama Jerman setakat ini.
Ini kerana, Jerman kali
terakhir muncul juara Piala Dunia pada 1990, selain kali terakhir juara kempen
Euro pada 1996.
Justeru, Ozil berazam
mengulangi kehebatan beberapa legenda Jerman seperti Fritz Walter, Wolfgang
Overath dan Lothar Matthaus.
"Ketiga-tiga individu ini
merupakan legenda Jerman. Mereka memenangi begitu banyak trofi sepanjang era
mereka dalam bola sepak.
"Saya benar-benar
mengagumi kehebatan mereka, jadi saya berazam mahu mengulangi pencapaian
sedemikian.
"Saya juga menyifatkan
diri sendiri sebagai pemain tradisional, tidak ramai pemain seperti saya ketika
ini.
"Jika mahu menjadi sebaris
dengan legenda, saya harus membantu Jerman mendakap trofi Piala Dunia,"
kata Ozil.
Menurut Ozil, sudah tiba
masanya The Team menamatkan penantian untuk mendakap trofi utama.
"Kami memang berhak
menang, sudah tentu ia cukup mengecewakan jika kami gagal kali ini,"
katanya. - Agensi
RUJUKAN-KOSMO ONLINE 30.5.14
No comments:
Post a Comment