26 Mei 2014
Gerrard Gerrard
PEMAIN berpengalaman England,
Steven Gerrard menegaskan The Three Lions tidak berasa gentar memulakan kempen
Piala Dunia 2014 menentang Itali, 15 Jun nanti.
Di atas kertas, Azzurri yang
dibimbing Cesare Prandelli dilihat tidak berdepan masalah bertemu skuad asuhan
Roy Hodgson itu.
“Tiada perlawanan pembukaan
yang terbaik berbanding berhadapan dengan Itali.
“Mereka dianggap sebagai calon
juara berdasarkan pengalaman mereka, tetapi kami tidak pernah takutkan mereka,”
tegas Gerrard.
Itali bukan satu-satunya
pasukan hebat yang akan berdepan dengan England, malah dua lagi pasukan diundi
dalam Kumpulan D iaitu Uruguay dan Costa Rica sedia menanti.
“Apa yang penting pada saat ini
adalah persiapan. Penting buat kami untuk berada dalam kondisi yang terbaik
sebelum memulakan kempen Piala Dunia,” katanya.
Sebagai persiapan terakhir
Piala Dunia, Three Lions bakal berdepan tiga aksi pemanas badan menentang Peru
(30 Mei), Ecuador (4 Jun) dan Honduras (7 Jun).
RUJUKAN-SINAR HARIAN ONLINE 26.5.14
No comments:
Post a Comment