Ad

Saturday 24 May 2014

Peluang cerah rampas Piala Thomas

 
CHONG WEI FENG (kiri) diharap mengulangi kecemerlangannya dalam perlawanan akhir Piala Thomas di India malam ini sekali gus menjadi pengganti Lee Chong Wei (kanan) apabila dia bersara.

KUALA LUMPUR - Malaysia kini berpeluang cerah untuk mengalahkan Jepun dalam perlawanan akhir Piala Thomas di Stadium Siri Fort, New Delhi, India hari ini dengan diiringi doa 30 juta rakyat Malaysia termasuk para pemimpin negara, serta legenda dan peminat badminton.

Selepas 22 tahun dahagakan kejuaraan iaitu kali terakhir di Kuala Lumpur pada tahun 1992, tanpa disangka-sangka, Malaysia berpeluang cerah untuk menjulang trofi berprestij itu sekali lagi dan yang keenam dalam sejarah.

Pasukan negara yang menumpaskan Indonesia 3-0 pada separuh akhir bakal menentang pendatang baharu dalam final iaitu Jepun yang menewaskan China 3-0 pada peringkat sama kelmarin.

Barisan kemungkinan Malaysia ialah pemain perseorangan pertama Datuk Lee Chong Wei, diikuti beregu pertama Tan Boon Heong-Hoo Thien How, perseorangan kedua Chong Wei Feng, beregu Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan perseorangan terakhir Liew Daren.

RUJUKAN –KOSMO ONLINE 25.5.14

No comments:

Post a Comment