26 Mei 2014
Kagawa Kagawa
SHINJI Kagawa tidak mahu
memikirkan nasibnya bersama Manchester United musim hadapan sebaliknya mahu
kekal fokus membantu negaranya, Jepun dalam kempen Piala Dunia 2014 di Brazil.
Pemain berusia 25 tahun itu
menjelaskan, dia akan memikirkan nasibnya selepas berakhirnya kempen Piala
Dunia itu nanti.
“Semua orang tahu saya hanya
ambil berat berkaitan Piala Dunia sahaja dan begitu juga dengan pemain lain.
“Saya juga tidak akan campur
aduk berkaitan masalah kelab dan negara. Fokus saya hanya Piala Dunia,”
katanya.
Kagawa menyertai United
daripada Borussia Dortmund, Jun 2012 ketika di bawah kendalian Sir Alex
Ferguson.
SINAR HARIAN ONLINE 26.5.14
No comments:
Post a Comment