Ad

Wednesday, 28 May 2014

Figueroa tidak rela JDT terlepas final

Oleh Rizar Mohd Noor 

Johor Bahru: Peledak utama Johor Darul Ta'zim (JDT), Luciano Figueroa tidak rela berputih mata terlepas aksi final Piala FA pada 7 Jun ini dan menaruh harapan membenam Pahang pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Darul Makmur, malam esok.

Bekas pemain Pananthiakos FC itu begitu bersemangat untuk menewaskan skuad Tok Gajah sekali gus menebus kehampaan selepas sekadar mampu seri 1-1 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, 5 Mei lalu.


Walaupun kelebihan memihak Pahang namun ia tidak bererti JDT akan menyerah kalah sebaliknya, kami akan bangkit di tempat lawan untuk memastikan langkah ke final tidak tersekat.

Saya akui pergerakan akan terbatas kerana benteng pertahanan lawan pasti mengawasi setiap gerakan yang saya lakukan namun ia tidak akan menghalang saya merobek gawang mereka.

Sudah tiba masa

Sepanjang latihan di bawah kendalian jurulatih, Bojan Hodak semua pemain tampak begitu bersemangat malah berita kesemua pemain tidak mengalami kecederaan dan bebas daripada penggantungan beri kelebihan buat JDT, katanya selepas sesi latihan di Padang Seri Gelam, semalam.

BERITA HARIAN ONLINE 29.5.14

No comments:

Post a Comment