Oleh Lokman Zainal Abidin, Mohd
Firdaus Hashim dan Hafizudin Mohd Safar
Kangar: Giliran Jabatan Kerja
Raya (JKR) negeri pula dipersalahkan gara-gara pusat akuatik Kompleks Sukan
Kangar masih tidak siap sedangkan acara renang sepatutnya bermula hari ini.
Satu-satunya jalan yang dapat
difikirkan ialah penganjur terpaksa mengambil keputusan menangguhkan acara
akuatik dan ia akan hanya bermula esok, lewat sehari daripada jadual asal.Lawatan Timbalan Menteri Belia
dan Sukan (KBS) Datuk M Saravanan ke venue berkenaan petang semalam mengundang
kesal apabila beliau mendapati tidak seorangpun wakil JKR berada di situ untuk
memantau semua kerja pembinaan.
Ketiadaan wakil JKR itu
disifatkan antara punca mengapa kolam renang terbabit lewat disiapkan.
SARAVANAN (kanan) melawat Pusat
Akuatik yang masih dalam pembinaan.
Akibatnya, KBS terpaksa
mengeluarkan bajet tambahan RM300,000 bagi menyediakan lokasi lain di Kedah
andai pusat akuatik itu tetap gagal disudahkan menjelang tengah malam ini.Saravanan berkata, keseluruhan
venue itu sudah siap, namun beberapa penambahbaikkan perlu dilakukan bagi
menjamin keselamatan atlet.
“Saya sedih ketika saya hadir
untuk menyemak keselamatan di sini, saya tidak lihat wakil JKR. Jika berlaku
perkara tidak diingini, siapa yang akan bertanggungjawab?“Pegawai mereka sepatutnya
perlu ada di sini hingga siap. Dari segi infrastruktur memang sudah sedia, tapi
kita cuma tingkatkan ciri-ciri keselamatan.
“Perubahan ini dilakukan atas
pandangan pakar. Sebab itulah kami ambil tanggungjawab ini kerana tidak mahu
jika berlaku sebarang kejadian, mereka tuding jari kepada KBS dan Majlis Sukan
Negara (MSN),” katanya.
Artikel ini disiarkanMy Metro
pada : 2014/05/28
No comments:
Post a Comment