MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD
17 Mei 2014
Tagoe perlu membuktikan
kehadirannya menggantikan Mohamad Ghaddar pilihan tepat. Tagoe perlu
membuktikan kehadirannya menggantikan Mohamad Ghaddar pilihan tepat.
PENANTIAN penyokong setia The
Red Warriors untuk melihat kelibat penyerang import baharu mereka, Prince Tagoe
beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim ini akhirnya menjadi kenyataan.
Khabar gembira yang disampaikan
Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menerusi
laman sosial Facebooknya pada Isnin lalu menamatkan keresahan skuad gergasi
pantai timur itu.
Usaha keras dilakukan agen
pemain import tersebut, Mohamed Mroweh mendapatkan Sijil Perpindahan
Antarabangsa (ITC) akhirnya membuahkan hasil setelah Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM) meluluskan permohonan berkenaan.
Sebelum itu, Tagoe berdepan
masalah untuk turun beraksi bersama Kelantan apabila Persatuan Bola Sepak
Tunisia (TFA) enggan mengeluarkan sijil berkenaan berikutan pemain berusia 28
tahun itu masih mempunyai kontrak dengan kelab lamanya, African Club.
PENAMPILAN SULUNG
Kehebatan Tagoe, penyerang
kebangsaan Ghana yang pernah beraksi dalam kempen Piala Dunia 2010 di Afrika
Selatan itu amat dinanti-nantikan oleh seluruh penyokong TRW setelah Kelantan
menggugurkan penyerang kontroversi, Mohamad Ghaddar, bulan lalu.
Penampilan sulung pada
pertemuan menentang Perak atau dikenali The Bos Gaurus malam ini pastinya
dimanfaatkan oleh Tagoe untuk membuktikan kehadirannya ke Kota Bharu bukanlah
sekadar untuk memenuhi tempoh kontrak selama enam bulan.
Apa pun, Tagoe perlu bersaing
dengan seorang lagi penyerang import, Francis Forkey Doe bagi merebut tempat
selaku penggempur utama Kelantan memandangkan pemain kelahiran Liberia itu
kembali menemui sentuhan penyudah sebenarnya dalam dua perlawanan lalu.
AMARAN KELANTAN
Kejayaan Perak membenam
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-1 minggu lalu memberi amaran buat skuad
kendalian George Boateng agar lebih berhati-hati apabila melayan pasukan
tersebut, malam ini.
Tambahan pula, skuad Abu Bakar
Fadzim itu dilihat menampilkan kebangkitan sejak membawa masuk empat awang
import baharu mereka iaitu Hassan Daher (pertahanan), Marco Tulio Silva
(tengah) serta dua penyerang, Milan Purovic dan Abdulafees Abdulsalam.
Malah kehebatan Abdulafees,
bekas penyerang import Shahzan Muda FC musim 2004 hingga 2007 yang meledak dua
gol ketika pasukannya meraih tiga mata ke atas ATM pastinya menggusarkan
benteng pertahanan yang diterajui Hussein Alaa Hussein Salman.
No comments:
Post a Comment