7 Mac 2014
Pemain pertahanan Greece, Jose
Holebas cuba melepasi halangan daripada dua pemain Korea dalam aksi
persahabatan, awal pagi semalam Pemain pertahanan Greece, Jose Holebas cuba
melepasi halangan daripada dua pemain Korea dalam aksi persahabatan, awal pagi
semalam
JAGUH Asia, Korea Selatan
dilihat sudah bersedia berdepan saingan Piala Dunia 2014 di Brazil selepas
mencatat kemenangan, 2-0, menentang Greece dalam aksi persahabatan, awal pagi
semalam.
Penyerang berpengalaman Korea,
Park Chu-Young meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke-18 sebelum Son
Heung-Min menambah derita tuan rumah, m-55.
Biarpun mencapai kemenangan,
jurulatih Korea, Hong Myung-Bo menilai pasukannya perlu memperbaiki kelemahan
terutamanya dari segi hantaran bola.
“Saya tidak merasakan bahawa
kami mempunyai peluang untuk mencipta lebih jaringan.
“Hanya beberapa pemain sahaja
yang dapat menghantar bola dengan tepat selebihnya mengecewakan,” katanya.
Myung-Bo juga menjelaskan,
beliau turut berpuas hati dengan barisan pemain mudanya yang dilihat cukup
bersedia sebelum berdepan saingan yang lebih hebat, Jun nanti.
SINAR HARIAN ONLINE
No comments:
Post a Comment