NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
17 Mei 2014
Daren akui semangat rakan
sepasukan berkobar-kobar menjelang perlawanan pertama menentang India, esok.
Daren akui semangat rakan sepasukan berkobar-kobar menjelang perlawanan pertama
menentang India, esok.
TAYANGAN video kejayaan skuad
Piala Thomas pada tahun 1992 nyata menyemarakkan semangat kem Malaysia untuk
menghadapi kejohanan itu yang akan bermula esok di New Delhi, India.
Kapten skuad negara, Liew Daren
mengakui setelah melihat tayangan tersebut, semangat mereka semakin
berkobar-kobar dan bersedia untuk mengulangi kejayaan itu pada kali ini.
Katanya, meskipun bakal
berdepan situasi yang sukar, namun beliau dan rakan sepasukan akan berusaha
untuk menanam semangat juang yang sama seperti mana dilakukan pada 22 tahun
yang lalu.
"Tayangan video memberi
impak yang ketara kepada kami. Kami berkobar-kobar untuk mengharungi kejohanan
ini dan sekurang-kurangnya kembalikan sejarah Piala Thomas suatu ketika dahulu.
"Saya yakin dengan latihan
10 hari dan melihat persiapan pasukan, semangat pemain semakin bagus dan mampu
mempamerkan prestasi yang terbaik," katanya.
Daren juga menegaskan bahawa
pelantikannya sebagai kapten skuad Piala Thomas bukan satu tekanan, sebaliknya
pembakar semangat untuk membantu Malaysia meraih kecemerlangan pada kejohanan
tersebut.
Jelas Daren, kepercayaan semua
pemain terhadapnya tidak akan disia-siakan begitu sahaja biarpun akui dirinya
'kerdil' untuk tugasan besar tersebut kerana tanggungjawab itu sebelum ini
dipikul oleh jaguh nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei pada 2012 dan 2010.
"Saya percaya pemilihan
saya sebagai kapten akan membuatkan saya lebih bertanggungjawab terhadap
pasukan dan menerimanya dengan baik.
"Keyakinan saya juga telah
bertambah baik sepanjang menyertai kem latihan pusat, selain sudah cukup bersedia
sepenuhnya untuk menghadapi Piala Thomas,” katanya.sinar Harian online.
No comments:
Post a Comment