Oleh Nurul Huda Kosnon
Kuala Lumpur: Berlaku fenomena
Istiwa Kaabah atau Istiwa A'zam pada jam 5.16 petang ini di mana kedudukan
matahari akan bergerak dan berada tepat di atas kaabah.Fenomena itu berlaku dua kali
pada setiap tahun iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai tepat jam 5.28 petang.Istiwa Kaabah boleh
dimanfaatkan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat lain di
seluruh dunia.
Ketua Unit Kembara Angkasa,
Persatuan Falak Syarie Malaysia, Mohd Razlan Ahmad, berkata kedudukan Kaabah
Masjidilharam ketika itu pada kordinat latitud 21 darjah, 25 minit dan 24 saat
(utara) manakala longtitud 39 darjah, 49 minit dan 24 saat (timur).
Foto
GAMBAR fail
"Jika berada di sana
(Masjidilharam), umat islam akan lihat kaabah serta apa saja yang berdiri tegak
di persekitarannya seolah tidak ada bayang-bayang dan ketika itu waktu di sana
adalah sekitar jam 12.16 tengahari."Jika di Malaysia pandang
ke arah matahari, bermakna sedang menghadap tepat ke arah kiblat,"
katanya.
Katanya, cara untuk tentukan
kedudukan adalah dengan menggunakan bayang-bayang tiang atau dinding bangunan
serta apa saja benda tegak 90 darjah sebagai panduan.
"Umat Islam perlu
mengambil peluang ini dan memanfaatkan kejadian yang menunjukkan kebesaran tuhan
untuk menyemak dan menentukan arah kiblat," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Dr Noordin Ahmad berkata, Istiwa Kaabah
berlaku disebabkan laluan peredaran matahari pada dua waktu ini setiap tahun di
mana akan melalui tepat garisan Kaabah.
"Tidak timbul dakwaan sama
ada arah kiblat berbeza atau sebagainya.
"Penggunaan kompas sering
digunakan untuk menentukan arah kiblat dan kadang kala berlaku ketidaktepatan
menentukan arah itu disebabkan tarikan magnet kompas itu sendiri.
"Begitu juga arah kiblat
di masjid apabila berlaku kekeliruan arah kiblat. Pembinaan sebuah masjid
adalah berdasarkan batu sempadan masjid yang kadangkala tidak begitu tepat bagi
menentukan arah kiblat," katanya.
Katanya, fenomena Istiwa Kaabah
dimanfaatkan untuk umat Islam menyemak dan menentukan kedudukan arah kiblat
berdasarkan tiang, bangunan dan sebagainya.
RUJUKAN-Artikel ini disiarkanMy
Metro pada : 2014/05/28
No comments:
Post a Comment