SHAHIDAN Kassim (dua dari
kanan) mendengar penjelasan Edwin Chong sewaktu meninjau kerja-kerja akhir yang
dilaksanakan ke atas Pusat Akuatik di Kompleks Sukan Negeri di Kangar, semalam.
KANGAR - Status Pusat Akuatik
di Kompleks Sukan Negeri, Kangar sama ada boleh digunakan untuk Sukma XVII
masih tergantung kerana belum ada sebarang keputusan dimuktamadkan setakat ini.
Ini berbeza dengan kenyataan
Setiausaha Kehormat Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Edwin Chong yang
sebelum ini memberitahu bahawa status pusat itu akan diumumkan selepas pihaknya
membuat ujian ke atas venue itu semalam.
Tambah Edwin, pihak kontraktor
telah memberikan jaminan bahawa segalanya akan siap pada hari ini, termasuk
memasang pelapik anti tergelincir mengikut spesifikasi ditetapkan pada platform
untuk acara terjun.
"Pada malam semalam
(kelmarin) kami telah berbincang dengan kontraktor dan kami bersetuju
memberikan mereka peluang hingga esok (hari ini).
"Pelapik antik tergelincir
akan mula dipasang pada malam ini (malam tadi) manakala pemasangan lampu pula,
saya tidak pasti sama ada ia sesuai untuk siaran televisyen atau tidak,"
kata Edwin ketika ditemui pemberita semalam.
Acara terjun dan renang
dijadual bermula esok.
Kelmarin, Edwin dan bekas
Presiden ASUM yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan
Kassim memberitahu aspek keselamatan atlet dan teknikal menjadi keutamaan di
pusat akuatik tersebut.
Malah Shahidan turut berharap
segala masalah dapat diselesaikan untuk memastikan acara terjun dan renang tetap
dapat berlangsung di Perlis.RUJUKAN
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140527/su_05/Belum-ada-status-mengenai-kolam-renang#ixzz32xNQzHSU
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment