MESSI (tiga dari kiri)
kelihatan ceria menjalani latihan bersama pemain-pemain Argentina lain di kem
latihan pasukan itu di Ezeiza kelmarin.
LONDON - Bintang Argentina,
Lionel Messi berjanji akan memperlihatkan satu aksi yang berbeza pada Piala
Dunia Brazil nanti selepas beraksi hambar bersama Barcelona musim ini.
"Menyertai pasukan
kebangsaan adalah satu atmosfera yang jelas berbeza berbanding bermain dengan
pasukan kelab.
"Jika dulu setiap kali
bermain untuk Barcelona, saya selalunya beraksi dengan baik. Saya harap keadaan
itu dapat saya ulangi pula pada Piala Dunia nanti," katanya.
Messi yang dilihat banyak
mengasah kemahirannya di Barcelona mula menyinar bersama skuad kebangsaannya
pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan yang mana dia bermain dengan cemerlang.
Penyerang berusia 26 tahun itu
kini sudah pun pulang ke negara kelahirannya dan mula menyertai kem latihan
Argentina bersama jurulatih, Alejandro Sabella serta rakan sepasukan lain di
Ezeiza sejak Isnin lalu.
Sehubungan itu, dia berikrar
untuk berlatih semaksimum mungkin dalam usaha memberikan aksi terbaik seperti
yang pernah dilakukannya sebelum ini.
"Apabila saya kembali
menjalani latihan bersama rakan sepasukan, ia sebenarnya membantu mengubah
mentaliti saya. Ia akan menjadi satu cerita yang lain," ujarnya.
Beliau juga mendedahkan,
sepanjang bermain bersama Barcelona musim ini, dirinya seperti tiada tenaga
untuk mempamerkan aksi menakjubkan.
Argentina akan menentang
Trinidad and Tobago dalam aksi persahabatan pada 4 Jun ini sebelum bertemu
Slovenia tiga hari berikutnya.
Argentina yang diletakkan dalam
Kumpulan F akan memulakan kempen Piala Dunia dengan menentang Bosnia-
Herzegovina pada 16 Jun, diikuti Iran dan Nigeria selepas itu.
Rujukan-http://www.kosmo.com.my/kosmo/29.5.2014
No comments:
Post a Comment