Oleh Mohd Fadly Samsudin dan
Mohd Rizal Abdullah
Kuala Lumpur: “Setiap malam
saya tidur di atas sofa lusuh ini. Saya tiada pilihan kerana ini saja tempat
saya berteduh,” kata Jamaluddin Abdullah Ratnam, 66, yang tinggal gelandangan
di bawah jejambat bersebelahan landasan komuter Pantai Dalam di sini, sejak 10
tahun lalu.
Biarpun hidup dalam keadaan
tidak terurus dan diganggu bunyi bising gerabak komuter namun lelaki warga emas
terbabit tetap menghuni kawasan itu yang dianggap ‘syurga’ bagi berteduh dari
panas dan hujan.
Menurutnya, dia kini hidup
sebatang kara kerana tidak pernah berkahwin malah adik-beradiknya juga tidak
pernah ditemui sejak berhijrah ke Kuala Lumpur puluhan tahun lalu.
“Sebelum ini saya ada rumah di
perkampungan setinggan di kawasan berhampiran namun semua rumah itu dirobohkan.
Malah semua barang di dalam rumah tidak sempat diselamatkan.
JAMALUDDIN berehat di sofa
lusuh di bawah jejambat bersebelahan landasan komuter.
“Keadaan itulah yang memaksa
saya tinggal di bawah jejambat ini. Saya bukannya sengaja tinggal di sini
tetapi saya tidak ada pilihan,” jelas lelaki berasal dari Alor Gajah, Melaka
ini.
RUJUKAN-Artikel ini disiarkan my
METRO pada : 2014/05/22
No comments:
Post a Comment