Pada hari ini 31.5 dalam tahun 1974, Perdana Menteri Tun Razak mewakili kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian hubungan diplomatik di antara kerajaan Malaysia dan Republik Rakyat China yang diwakili oleh Perdana Menterinya , Chou En Lai. Upacara yang penuh bersejarah bagi kedua-dua buah negara itu telah dimeterai di Peking. Perdana Menteri Republik Rakyat China, dalam ucapannya pada majlis itu mengalu-alukan pengukuhan hubungan yang telah terjalin sejak lebih dua ribu tahun lamanya. Tun Abdul Razak, telah merintis semula usaha ke arah terjalinnya kembali hubungan secara rasmi ini, dalam ucapannya beliau telah melahirkan harapan agar segala rintangan fizikal yang wujud selama ini diantara kedua-dua buah negara dapat dihapuskan dan tali perhubungan dapat diteruskan. Berikutan daripada perubahan dasar luar Malaysia ini, adalah selaras dengan dasar negara-negara lain di Asia Tenggara iaitu membebaskan rantau ini daripada ancaman perang yang berpanjangan. Sesungguhnya sepanjang 50 tahun kemerdekaan negara Malaysia sentiasa berusaha untuk terus menjalinkan jalinan persaudaraan dan muhibbah dengan pemimpin dari negara-negara serantau.
Ad
Labels
- AGAMA
- AKHYARLSJDT
- ARKIB LIGA MALASIA
- BELASUNGKAWA
- BICARA AGAMA
- HADIS-JAKIM
- HARI INI DALAM SEJARAH
- HIDUPAN LIAR
- HOKI MALAYSIA
- KARTUN
- PASIR PUTEH
- PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA
- PELANCONGAN
- PEMAIN MUDA 2017
- PENDIDIKAN
- PENGASUH 1918-1955
- PENYELIDIKAN SEJARAH AHMAD
- PIALA DUNIA
- PIALA FA
- PIALA MALAYSIA
- SEJARAH FELDA
- SEJARAH MALAYSIA
- SEJARAH STPM P2
- SEJARAH STPM P3
- SEJARAH STPM PI
- SELANGOR 2008
- SIRAH NABI
- SMK JENGKA2
- SUKAN KOMANWEL
- VIDEO SEJARAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment