Ad

Wednesday, 21 May 2014

Curi tumpuan

New Delhi: Skuad Piala Uber negara gagal ke suku akhir selepas tewas kali kedua pada saingan peringkat Kumpulan Z semalam.
Mereka kecundang 1-4 kepada Jepun, tetapi di sebalik itu Tee Jing Yi (gambar) mencuri tumpuan dengan mempamer aksi meyakinkan.

Pemain perseorangan wanita negara itu meletakkan Malaysia di depan selepas menewaskan Sayaka Takahashi 22-20, 21-19, tetapi rentak cemerlangnya gagal diikuti rakan sepasukan.Gandingan Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho tewas mudah kepada Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi 21-13 21-10.Eriko Hirose pula meletakkan Jepun di depan 2-1 selepas menewaskan perseorangan kedua negara Lim Yin Fun, 23-21 21-12.


Harapan Malaysia untuk menyamakan kedudukan menerusi beregu kedua negara Lee Meng Yean-Vivian Hoo lebur apabila tewas mudah 17-21, 8-21 kepada Mami Naito-Shizuka Matsuo.
Pemain perseorangan ketiga negara pula, Lim Chiew Sien turut beraksi hambar dan tunduk kepada kepada Akane Yamaguchi 19-21, 14-21.

RUJUKAN  MY METRO ONLINEArtikel ini disiarkan pada : 2014/05/21

No comments:

Post a Comment