Ad

Tuesday, 20 May 2014

Hodgson lancar perang psikologi

LONDON - Pengurus England, Roy Hodgson melancarkan perang psikologi dengan mendakwa penyerang sensasi Uruguay, Luis Suarez akan bergelut untuk menyinar pada kempen Piala Dunia di Brazil bulan depan.

England dan Uruguay telah diundi bersama-sama dalam Kumpulan D dan dijadualkan bertemu sesama sendiri pada perlawanan kedua kejohanan itu, 19 Jun depan.

Bagaimanapun, Hodgson yakin Suarez akan bergelut mempamerkan 'taringnya' sepertimana diperagakan bersama Liverpool dengan mencetak 31 gol dalam aksi Liga Perdana England musim ini.

"Bagi saya, Suarez adalah pemain terbaik tahun ini. Saya tidak mahu mengambil sesuatu daripadanya, dia menikmati musim yang sangat cemerlang.

"Namun, dia keseorangan. Dia tidak mempunyai barisan pemain hebat di Uruguay seperti ketika bersama Liverpool. Siapa tahu mungkin dia akan kurang efektif bersama Uruguay berbanding Liverpool.

"Saya fikir satu kesilapan besar jika terlalu bergantung kepada pemain individu sahaja tidak kiralah sehebat mana sekalipun keupayaan pemain itu.

"Kami akan tumpukan perhatian terhadap Uruguay sebagai satu pasukan. Saya mahu para pemain saya cuba mengekang Suarez ketika menentang Uruguay sama seperti sewaktu dengan kelab masing-masing.

"Kami mempunyai dua pemain pertahanan, Gary Cahill dan Phil Jagielka yang sentiasa beraksi menentang Suarez. Saya yakin mereka amat mengenali kekuatannya," katanya. - Agensi
Rujukan-

No comments:

Post a Comment