SHAHRIZAL AHMAD ZAINI FOTO :
SHAM (YOB4EVER.COM), HANIFF OMAR (WWW.THE RED WARRIORS.COM) & KOLEKSI D
24 Mei 2014
Danial Fadzly (kanan), menerima
cenderahati kenang-kenangan daripada ahli yob4ever. Danial Fadzly (kanan),
menerima cenderahati kenang-kenangan daripada ahli yob4ever.
NAMA Danial Fadzly atau Wirat
Nom pastinya masih kekal dalam ingatan penyokong bola sepak Perak.
Apa tidaknya, pemain kelahiran
Kedah ini yang memiliki kepakaran sepakan percuma telah banyak membantu
kejayaan Perak sejak mula menyertai skuad Kejor Yob Kejor itu pada musim 2005
hingga 2008 lalu.
Selain membantu Perak muncul
juara Piala Sultan Ahmad Shah (Piala Sumbangsih) bagi musim 2005 dan 2006,
Danial juga membantu Perak mara hingga ke final
Piala FA 2005 serta final Piala Malaysia musim 2007 selain beraksi pada
peringkat Piala AFC bagi musim 2004 tetapi tewas kepada Geylang United pada
suku akhir sebelum terkandas di peringkat kumpulan pada saingan 2005 dan
kemudian tewas kepada kelab Lebanon, Safa SC pada peringkat suku akhir musim
2008.
BIDANG BARU
Namun kini, setelah ‘bersara,’
daripada arena bola sepak tanah air, Danial menceburi bidang perniagaan makanan
pula dengan membuka restoran di Ampang, Ipoh.
Sebenarnya Danial telah
memulakan perniagaannya sekitar 2006 lalu menerusi pembukaan Restoran Danial
Fadzly di Ipoh, namun operasi perniagaannya itu terpaksa dihentikan berikutan
dirinya berhijrah menyertai Perlis pada 2009.
Ketika ditanya mengapa memilih
bidang perniagaan berbanding menjadi jurulatih, bola sepak, Danial menjawab
dirinya mahu melupakan seketika dunia bola sepak dan menumpukan sepenuh
perhatian kepada bidang perniagaan pula.
ADA SASARAN
Jelasnya, setelah lebih 10
tahun bergelumang dengan pahit manis hidup sebagai pemain bola sepak, kini
masanya telah tiba untuk dirinya menguruskan perniagaannya demi menjamin masa
depan keluarganya kelak.
“Kita main bola ni mestilah ada
sasaran. Kita nak main sampai bila, kan? Jadi rasanya dah tiba masa untuk saya
‘bersara.’
“Saya juga tidak ada mengambil
atau menerima sebarang tawaran bagi menjawat jawatan sebagai jurulatih, kerana
bagi saya sebahagian besar hidup saya telah saya habiskan dengan ‘dunia bola
sepak’ ini.
“Tapi tak tahu juga, mungkin
suatu hari seandainya saya telah bersedia, saya akan pertimbangkan mengenai
perkara berkenaan,” katanya.
Profil
Nama: Danial Fadzly Abdullah
(Wirat Nom)
Nama Gelaran: Danial/Wirat
Tarikh Lahir: 14 Januari 1979
(35 tahun)
Asal: Pendang, Kedah
Status: Berkahwin (3 anak)
Hobi: Bersiar-siar bersama
keluarga/ menonton wayang
Makan kegemaran : Masakan
isteri
Minuman kegemaran : Limau ais
Latar akademik: Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM)
Posisi : Tengah
Posisi lain: Pertahanan,
penyerang
Pasukan yang diwakili :
Kedah > 2004-2005
Perak > 2006-2008
Perlis > 2009
ATM > 2010
Kelantan > 2011
ATM > 2012
Pulau Pinang > 2013
Sukan lain yang diceburi :
Tenis
Pemain bola sepak yang
diminati: Diego Maradona
Pasukan bola sepak yang
diminati: Manchester United
Jika saya bukan pemain bola
sepak: Ahli perniagaan
RUJUKAN-SINAR HARIAN ONLINE 24.5.14
No comments:
Post a Comment