22 Mei 2014
Setiap ular diberi makan
sebanyak 10 ekor ayam atau lebih sebelum sesi urutan. - Foto Caters News Agency
Setiap ular diberi makan sebanyak 10 ekor ayam atau lebih sebelum sesi urutan.
- Foto Caters News Agency
CEBU - FILIPINA. Sebuah zoo di
Filipina menawarkan urutan badan secara percuma kepada pengunjungnya, lapor
portal Daily Mail.
Meskipun percuma, pengunjung
yang mahu menikmatinya perlu mempunyai keberanian tinggi untuk mencubanya
kerana mereka akan 'diurut' oleh empat ekor ular sawa Burma yang sangat besar.
Ular sawa yang diberi nama
Michelle, Walter, EJ dan Daniel akan dibawa keluar dari sangkar dan diletakkan
atas badan seorang pengunjung yang berbaring di pondok buluh berdekatan pintu
masuk zoo untuk satu-satu masa.
Sesi selama 15 minit itu akan
diperhatikan penjaga zoo.
Namun aktiviti ini bukan untuk
orang yang menghidapi lemah jantung kerana ular sawa sepanjang 5 meter itu
boleh membelit mangsa sehingga mati.
Malah tiada jalan keluar
apabila sesi 'rawatan' itu sudah bermula.
SINAR HARIAN ONLINE 22.5.14
No comments:
Post a Comment