JANICE Haley bermanja dengan
dua ekor harimau Bengal peliharaannya di Florida, Amerika Syarikat. - AGENSI
FLORIDA 26 Mei - Penggemar
haiwan biasanya memilih untuk membela binatang peliharaan yang jinak.
Namun berbeza bagi seorang
wanita dari Davenport, Florida, kerana dia memilih untuk memelihara dua ekor
harimau Bengal dewasa di halaman rumahnya, malah turut memberi makan
haiwan-haiwan itu dengan tangannya sendiri.
Bukan setakat itu, Janice Haley
juga sering mengusap dan memeluk kucing besar tersebut yang mempunyai taring
sepanjang 15 sentimeter dan berat 272 kilogram.
Seekor harimau berwarna putih
peliharaannya juga akan tidur dan menghisap jari Haley.
Kehidupan Haley mula berubah 20
tahun lalu selepas dia mengambil kursus melatih harimau dan dua tahun selepas
itu, dia menerima seekor anak harimau berusia dua bulan yang diberi nama Saber
dan pada 2002, dia membeli seekor lagi harimau yang dinamakan Janda.
"Haiwan itu menganggap
saya sebagai ibunya dan setakat yang saya tahu, mereka itu adalah anak-anak
saya yang berkaki empat.
"Kami mempunyai satu
ikatan yang amat istimewa. Kedua-dua harimau itu akan menggosok muka saya dan
membiarkan saya mencium hidung mereka malah saya dan suami boleh memeluk dan
membelai mereka," kata Haley sebagaimana lapor Mirror.co.uk.
Haley berkata, dia dan
suaminya, David akan membelanjakan pendapatan mereka untuk membeli makanan
Saber dan Janda yang akan diberi makan sebanyak tiga kali sehari, malah sangkar
yang menempatkan harimau tersebut akan dibersihkan beberapa kali dalam sehari.
"Dalam tempoh seminggu,
kami perlu mengembara selama satu jam ke kawasan utara Florida bagi mendapatkan
daging kuda untuk Janda sebelum ke selatan untuk mendapatkan daging lembu buat
Saber," katanya.
RUJUKAN-
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140527/lu_10/Bela-harimau-di-halaman-rumah#ixzz32ut2oVdt
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment