Ad

Thursday, 29 May 2014

Pemain Sarawak, penyokong bergaduh

Pemain Sarawak, penyokong bergaduh
2014/05/29 - 05:07:12 
Arau: Aksi terakhir bola sepak peringkat kumpulan semalam dicemari dengan insiden pergaduhan antara pemain Sarawak dengan penyokong Perlis di Stadium UiTM, semalam.

Kejadian itu tercetus ekoran rasa tidak puas hati pemain serta pegawai Sarawak terhadap sorakan penyokong tuan rumah selepas perlawanan yang berkesudahan skuad bimbingan Yusri Che Lah menewaskan skuad Bujang Senang 4-1.


Kemuncak kejadian itu menyaksikan berlaku balingan botol minuman dan pertengkaran berlarutan sehingga kira-kira 10 minit sebelum berjaya disuraikan sukarelawan dan polis bertugas.

Juara bertahan selamat

Kemarahan tidak dapat dipisahkan dengan bola sepak. Saya tidak boleh komen lanjut kerana tidak berada di tempat kejadian namun apa yang dimaklumkan kejadian itu berjaya dileraikan dalam tempoh singkat.

Polis dan sukarelawan bertindak pantas. Selepas ini, kami akan menilai semula langkah keselamatan lebih baik dan berharap penyokong juga dapat mengawal emosi dan beri sokongan secara profesional, kata pengurus pertandingan bola sepak, Jamil Che Mat semalam.

Kekalahan Sarawak itu menyelamatkan juara bertahan, Sabah daripada tersingkir selepas seri 2-2 dengan Pahang.
Turut menyertai Perlis dan Sabah ke suku akhir adalah Perak, Kedah, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Johor dan Negeri Sembilan.

SUBER-BERITA HARIAN ONLINE 29.5.14

No comments:

Post a Comment