Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
luqmanhakim.rahim@kosmo.com.my
PENYERANG Pahang, Dickson
Nwakaeme (jersi kuning) diasak barisan pertahanan Johor DT pada aksi Piala FA
di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.
JUARA bertahan, Pahang mara ke
pusingan ketiga kempen Piala FA 2015 selepas menewaskan Johor Darul Takzim
(Johor DT) 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi yang berlangsung di
Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.
Penjaga gawang Tok Gajah,
Khairul Azhan Mohd. Khalid layak diangkat sebagai wira apabila berjaya
menyelamatkan dua sepakan penalti yang diambil oleh Luciano Figueroa dan Junior
Eldstal.
Perlawanan terpaksa ditentukan
melalui sepakan penalti apabila kedudukan terikat 1-1 selepas tamat perlawanan
masa tambahan.
Pada perlawanan malam tadi,
Pahang mendahului 1-0 menerusi jaringan Matias Conti pada minit ke-20.
Ketika perlawanan berbaki 10
minit, kealpaan barisan pertahanan Pahang dihukum apabila Johor berjaya
menyamakan kedudukan menerusi jaringan Harris Harrun pada minit ke-80 dan
keputusan tersebut kekal sehingga tamat permainan, sekali gus mengheret
perlawanan sehingga ke masa tambahan.
Kedua-dua pasukan terus tampil
agresif untuk memburu gol kemenangan tetapi tindakan penyudah yang lemah
menafikan peluang mereka menambah jaringan.
Akibatnya, ia terpaksa
ditentukan menerusi sepakan penalti yang dipergunakan sepenuhnya oleh Pahang
untuk meraih kemenangan 4-2.
Malang menimpa skuad Harimau
Selatan pada perlawanan tersebut apabila dua pemain utamanya, S. Chanturu dan
Jasazrin Jamaluddin terpaksa diusung keluar kerana mengalami kecederaan.
Dengan kemenangan tersebut,
Pahang akan membuat perhitungan dengan pasukan kelab, MISC MIFA pada pusingan
ketiga yang tarikhnya akan ditentukan kemudian.
SUMBNER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0303&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3TJpCGI8i
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment