RABU, 4 MAC 2015 @ 2:28 PM
KUALA TERENGGANU: Skuad bola
sepak Terengganu ingin melakar kemenangan dalam pertembungan menentang pasukan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam aksi keempat saingan liga di laman
sendiri, Sabtu ini.
Pemain pertahanan tengah, Ahmad
Nordin Alias berkata biarpun ketika ini ATM masih mencari rentak permainan,
namun pemain tidak memandang rendah lawan yang masih memburu kemenangan sulung.
Beliau yang diberi kepercayaan
menjadi kapten dalam tiga perlawanan sebelum ini berkata semua barisan pemain
perlu memberi tumpuan dan tidak boleh leka semasa menentang ATM kelak.
"Saya cuma harap pasukan
Terengganu dapat menggunakan peluang sebaiknya melakar kemenangan walaupun ATM
dilihat masih belum menemui rentak kemenangan.
"Kita akan memberikan yang
terbaik dalam perlawanan menentang ATM. Bagaimanapun, pemain perlu mengatasi
senario tekanan sehingga mudah hilang bola," katanya kepada pemberita
ketika ditemui selepas sesi latihan di sini hari ini.
Ahmad Nordin berkata pegawai
dan ketua jurulatih juga banyak memberi penekanan dalam aspek ini.
Menurutnya skuad Peteh Ganu
Peteh itu juga mula menunjukkan keserasian para pemain selepas mengharungi
beberapa perlawanan dalam saingan Liga Super.
Ia berikutan nilai kekeluargaan
yang diterap dalam pasukan untuk bersama-sama melakar kejayaan dalam kempen
Liga Super musim ini.
"Setiap pemain akan
bantu-membantu antara satu sama lain apabila dalam padang untuk memastikan
arahan dan taktikal dilakukan jurulatih dapat dilaksanakan sepenuhnya.
"Justeru, sikap
kekeluargaan ini dapat membantu meningkatkan lagi persefahaman antara pemain
ketika beraksi di padang," katanya. - BERNAMA
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE 5.3.2015
No comments:
Post a Comment