Oleh Azizan Hashim-sukan@hmetro.com.my
Ipoh: Pertahanan kental serta
ketangkasan penjaga gol, Mohd Zamer Selamat membantu Perak mengikat Kelantan
0-0 di Stadium Perak malam tadi, sekali gus melonjak ke tangga teratas Liga
Super 2015 sekurang-kurangnya untuk tempoh 24 jam.
Ketika jentera di bahagian lain
kurang berfungsi Thiago Junio Aquino, Mohd Syazwan Roslan, Mohd Idris Ahmad dan
Mohd Arif Ismail berjuang mati-matian untuk menyekat kemaraan lawan.
Manakala Zamer bertindak
cemerang untuk menafikan rembatan Erwin Albeiro Carillo dan jentera serangan
pelawat.
Keputusan itu menyaksikan Perak
mengutip lapan mata selepas empat perlawanan mengatasi pencabar terdekat FELDA
United FC dengan satu mata. FELDA hanya akan bermain malam ini menentang Lions
XII.
Begitupun, dalam perlawanan di
hadapan 30,000 penonton itu, barisan Datuk M Karathu tidak mempamerkan
persembahan diharapkan. Selepas lebih banyak bertahan, Perak bangkit dalam baki
10 minit terakhir perlawanan, tetapi segala usaha mereka tidak berjaya.
Sebaliknya pelawat dengan corak
hantaran pendek dan umpanan tepat sentiasa mencemaskan kubu tuan rumah, tetapi
dikecewakan ketiadaan penyudah.
Dengan Mohd Badhri Radzi serta
Pupo Isaac Tuku di bahagian tengah, Kelantan menguasai permainan untuk
menenggelam pasukan tuan rumah.
Mujur buat Perak kerana
memiliki pertahanan kukuh, jika tidak pasti gawang mereka bocor.
Kesungguhan Kelantan jelas
terbayang apabila menyerbu garang di awal permainan menghidu peluang pertama
melalui Erwin Albeiro Carillo seawal minit ke-3, tetapi Zamer bertindak
cemerlang menguis keluar bola.
Manakala Perak yang bersandar
kepada serangan balas turut memiliki peluang melalui Charles Souza Chad, tetapi
penyerang Brazil itu gagal memanfaatkan kesempatan terhidang.
Artikel ini disiarkan pada :
Sabtu, 7 Mac 2015 @ 4:55 AM
PENJAGA Gol Kelantan Khairul
Fahmi Che Mat menyelamatkan cubaan Charles Souza Chad di Stadium Ipoh.
- SUMBER:
http://www.hmetro.com.my/node/35209#sthash.PbA2qcIo.dpuf
No comments:
Post a Comment