RABU, 4 MAC 2015 @ 7:22 PM
KUALA TERENGGANU: Pemain
kebangsaan, Zubir Azmi memberi bayangan tidak dapat membantu Terengganu apabila
berdepan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam aksi keempat saingan Liga Super
di laman sendiri, Sabtu ini berikutan kecederaan dialaminya.
Bagaimanapun, pemain pertahanan
itu berharap kesebelasan skuad Penyu itu mampu mencatat kemenangan pada
perlawanan tersebut.
Pemain berusia 24 tahun itu
berkata beliau memerlukan tempoh seminggu lagi untuk pulih sepenuhnya daripada
kecederaan dialami, baru-baru ini.
"Masih berbaki beberapa
hari lagi sebelum perlawanan (antara Terengganu dan ATM), dan saya harap akan
mendapat perkembangan, sama ada boleh beraksi atau pun saya terpaksa lupakan
dahulu," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di sini, hari ini.
Zubir berkata Helmi Remeli yang
mengisi posisinya sepanjang dia tidak diturunkan akibat kecederaan sudah
menunjukkan prestasi yang baik.
Beliau berharap Helmi dapat
meneruskan kecemerlangan di bahagian pertahanan kiri untuk membantu Terengganu
mengutip tiga mata penuh apabila berdepan ATM, kelak.
"Saya melihat Helmi dapat
menggalas tugas di bahagian pertahanan dengan baik dalam beberapa perlawanan
sebelum ini dan saya berharap pasukan Terengganu mampu memberi saingan bagi
mengejar pendahulu Liga Super," katanya.
Pada masa ini, Terengganu
menghuni tangga keempat liga dengan mengutip enam mata daripada tiga
perlawanan, di belakang FELDA United, Perak dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
FELDA dan Perak, masing-masing
mengumpul tujuh mata manakala PDRM di tempat ketiga dengan enam mata. - BERNAMA
PEMAIN Terengganu, Zubir Azmi.
- Foto Aswadi Alias
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE 5.3.2015
No comments:
Post a Comment