SABTU, 7 MAC 2015 @ 10:21 AM
Lans Koperal Zakiah Aleip
SANDAKAN: "Saya berterima
kasih dan bersyukur kepada Allah SWT atas berkat dan doa semua terutama
kerajaan Malaysia, Perdana Menteri, Ketua Menteri Sabah dan Polis Diraja
Malaysia."
Demikian luah Lans Koperal
Zakiah Aleip, anggota polis marin yang diculik pada 12 Julai tahun oleh
kumpulan lelaki bersenjata di Pulau Mabul, Semporna.
Beliau yang dibawa dari
kepulauan di selatan Filipina oleh sepasukan anggota polis sejurus dibebaskan, berkata
demikian ketika ditemui di kediaman Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman
di Sri Libaran di sini, pagi tadi.
Difahamkan, Zakiah kemudian
terus dibawa ke Lapangan Terbang Sandakan untuk mengambil penerbangan ke Kota
Kinabalu, seterusnya pulang ke rumah keluarganya di Kota Belud.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE 8.3.2015
No comments:
Post a Comment