Rizar Mohd Noor -rizar@hmetro.com.my
Pasir Gudang: Prestasi
konsisten Muhd Fazly Mazlan yang beraksi di posisi bek kiri bakal menjadi aset
berharga Harimau Malaysia apabila berdepan Timor Leste pada aksi kedua play-off
Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Larkin, malam esok.
Dia yang menjadi pencetus
gerakan bagi menghasilkan dua jaringan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu
pada perlawanan pertama lalu tidak menafikan betapa pergerakannya pada aksi
kedua akan lebih sukar kerana benteng pertahanan Timor Leste yang dibimbing
Fabio Maciel pasti akan memberi lebih tumpuan kepadanya.
“Saya dapat rasa kemungkinan
tugas untuk membantu sayap kanan tampak agak terbatas apabila pemain pertahanan
Timor Leste pasti lebih berwaspada dan cuba untuk menyekat larian saya nanti.
“Namun saya akan mengikut apa
juga arahan taktikal ketua jurulatih apabila turun beraksi nanti kerana kita
mahukan kemenangan kedua dan bukan sekadar berpuas hati dengan keputusan 3-0
ketika menang Khamis lalu.
“Sasaran tetap diletakkan
walaupun kali ini kita turun selaku pasukan pelawat namun Stadium Larkin sudah
menjadi kebiasaan buat saya dan rakan sepasukan dan kami tetap akan turun
beraksi dengan semangat ini rumah kami dan ini tanah tumpah darah kami’,”
katanya, semalam.
Fazly juga menegaskan walaupun
sebelah kaki sudah layak ke pusingan kelayakan kumpulan namun dia tidak mahu
terlalu selesa sebaliknya tetap ingin memberi sepenuh komitmen dengan
mempamerkan aksi konsisten bagi menidakkan penguasaan Timor Leste.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Ahad, 5 Jun 2016 @ 5:08 AM
FAZLY
No comments:
Post a Comment