Ad

Sunday, 5 June 2016

PERLETAKAN BATU ASAS BANGUNAN IBU PEJABAT R.I.D.A.5.6.1965

Pada   hari   ini   dalam   tahun  1965,   Timbalan  Perdana   Menteri,  Dato’  Abdul  Razak  Hussein  telah   menyempurnakan   perletakan   batu   asas   bangunan   baru   RIDA  (Rural  Industrial  Development  Authority)  di   Jalan   Tunku   Abdul   Rahman.   Bangunan  yang   bernilai  $ 3 juta   ini   bakal   dijadikan   sebagai    pusat   pengendalian,   perancangan  dan   pentadbiran.  RIDA   yang   kemudiannya   ditukarkan   nama   kepada  MARA  (Majlis  Amanah   Rakyat )    telah   ditubuhkan   oleh  kerajaan  untuk   membantu   menjalankan   tugas  dan   usaha   bagi  meningkatkan   pendapatan   penduduk  terutamanya   bagi   kawasan   luar  bandar.   Ketika   berucap   pada   majlis   tersebut,   Datuk   Abdul  Razak   menyatakan   harapan  agar   RIDA   dapat   memainkan   peranan   untuk   terus   membantu  melatih   rakyat   dalam  bidang   iktisad   dan   perniagaan.   Beliau   juga   telah   menggariskan  tujuh  tugas  penting  yang  akan  dikendalikan  oleh   bahagian-bahagian  di   dalam   pentadbiran   RIDA  antaranya  ialah   bahagian   latihan   dan   juga   bahagian   kemudahan   modal   dan   pinjaman.  Dato’  Abdul   Razak   juga   telah   menyeru   agar   usaha   secara   bersama  diadakan  bagi  membantu  rakyat  memperluaskan  mata  pencarian   yang  sekaligus  meningkatkan  pendapatan  penduduk  terutamanya  kaum  bumiputera.  Sesungguhnya,  RIDA  telah  menyumbang  meningkatkan   kedudukan  taraf  ekonomi  kaum  bumiputera  dalam  usaha  kerajaan  membangunankan   negara   selepas   kemerdekaan  dicapai   pada   31   Ogos   1957.

http://www2.arkib.gov.my/hids/

No comments:

Post a Comment