Ad

Thursday, 23 May 2019

BAKAT LAWAK MEMBAWA TUAH

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 16)
      Setelah mendapat surat temuduga Diploma Pendidikan, saya bertolak ke UKM pada hari Ahad dan bermalam di Bilik Harun di Kamsis D.Pada hari Isnin 6 Mac 1989 saya menghadiri temu duga Diploma Pendidikan di Fakulti Pendidikan UKM. Sebaik solat subuh, saya bersarapan dan minta tolong ajar saya cara nak sterika baju. Kawan-kawan lain yang ada di Bilik Fellow tergelak kerana saya tak tahun langsung nak sterika baju.
Akhirnya Harun sudi mengajar saya cara menggosok baju dan seluar.[1]
      Pukul lapan pagi saya berjalan kaki dari Kamsis D ke Fakulti Pendidikan. Jarak perjalanan lebih kurang 20 minit. Selepas berehat sekejap saya dipanggil masuk ke Bilik Temuduga. Ada tiga orang penemuduga yang diketuai Dr Razali Arof. Saya ditanya soalan yang mudah, iaitu jelaskan sejarah keluarga dan pekerjaan yang buat sebelum ini. Dengan penuh saya ceritakan saya ada 17 adik-beradik dan saya anak kelima belas. Setiap kali nak isi apa-apa borang saya dapat isi kerana daam borang cuma ada anak ke-12 saya pula anak ke-15. Saya juga menceritakan pengalaman saya menjadi kartunis dengan menggunakan nama samaran MAT80. Saya juga pernah menjadi guru sekolah swasta. Ketiga-tiga penemuramah ketawa terbahak-bahak dan suka perwatakan kelakar saya. Mereka memuji dan menyatakan inilah contoh calon guru sejarah yang UKM cari.
Alhamdullilah akhirnya dengan izin bakat lawak saya menyebabkan saya diterima membuar Diploma Pendidikan di UKM.[2]



[1]Catatan Dairi 1989.
[2] Ibid.

Wednesday, 22 May 2019

CIKGU DISANGKA PELAJAR BARU

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 16)
Mulai bulan Januari Pemilik Institut Pendidikan cemerlang, meminta saya mengadakan Kelas STPM untuk pelajar-pelajar yang dah bekerja. Kelas ini diadakan pada  hari Sabtu jam 9.00-11 pagi. Tujuan kelas ini diadakan ialah untuk menambah pendapatan sekolah swasta baru ini dan pendapatan tambahan untuk saya. Jumlah pelajar ketika itu cuma lima belas orang.

      Seperti biasa saya siapkan soalan dan skema untuk dibentang dalam kelas. Skema tersebut berdasarkan analisis kekerapan soalan . Saya siapkan skema ini pada hari Jumaat dan terus fotostat 20 salinan. Kerja-kerja menaip nota dengan menggunakan mesin taip saya buat setipa hari Jumaat. Ini kerana hari Jumaat hari cuti umum di Kelantan,  hari ahad pula hari pertama persekolahan.

      Pada hari Sabtu selepas sarapan, jam 8.20 saya mengayuh basikal ke Institut Pendidikan Cemerlang dan sampai ke Institu pada pukul 8.30. kali ini basikal saya dah dibaiki dan tidak berbunyi kreypook keriaat lagi.Selepas meletak basikal di bawah pokok, saya berehat di bawah pokok sambil membaca skema untuk persediaan mengajar. Ketika itu datang seorang pelajar lelaki degan menaiki motosikal. Umur sebaya dengan saya. Kami bersalaman, pelajar tadi yang melihat saya mengambil barang dari raga basika lbertanya saya pelajar baru juga. Saya jawab ya, sambil  memperkenal diri sebagai ahmad Yaakob dari Kampung Chapa. Pukul 8.30 setengah kelas. Bila kelas Sejarah STPM Kertas 2 bermula saya mengagihkan soalan dan skema serta memperkenalkan diri saya sebagai Cikgu Ahmad Yaakob. Pelajar baru tadi terkejut kerana tidak menyangka lelaki berbasikal tadi seorang cikgu. Kami kemudian berkawan baik.[1]



[1]Catatan Dairi 1989

1989-MENGAJAR DI INSTITUT PENDIDIKAN CEMERLANG.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 15)
Sebaik sahaja hari akhir persekolahan Penggal III berakhir pada 11 November 1988,[1] saya kembali menjadi penggangur. Pegurus Sekolah Adabi Pasir Puteh mengumumkan saya boleh mengajar semula pada bulan Jun 1989. Rasa kecewa juga, nak kembali mencari duit dengan melukis kartun, Che tak bagi. Sedangkan itulah bakat yang saya ada untuk mencari duit seperti zaman sekolah dulu.

      Rezeki Allah itu luas, saya bersyukur kerana pada 2 Januari 1989, saya dihubungi oleh Cikgu Mat Hussin memaklumkan sila lapor diri di Institut Pendidikan Cemerlang. Beliau baru membuka sekolag swasta baru di Tingkat 4, bangunan baru berhampiran Sungai Pasir Puteh. Saya diminta mengajar Sejarah Tingkatan 6 Atas dan Bahasa Melayu 5. Gaji yang diwarkan ialah sebanyak RM350.00. Alhamdulillah di Sekolah Adabi saya Cuma mendapat gaji sebanyak RM150.00. Jarak ke sekolah juga semakin dekat iaitu satu batu sahaja dari rumah.[2]  Alhamdulillah ada lagi rezeki untuk saya menyara kedua ibu bapa yang dah lanjut usia.



[1] Kalender Penggal Persekolahan tahun 1988.
[2] Catatan Dairi 1989.

Kehilangan besar negara - Azzuddin

 KENDERAAN yang membawa jenazah Allahyarham Sultan Ahmad Shah beredar
KENDERAAN yang membawa jenazah Allahyarham Sultan Ahmad Shah beredar dari Institut Jantung Negara (IJN) ke Istana Negara di sini, hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Fadhilul Izmel Ishak

22 Mei 2019 11:20 AM

KUALA LUMPUR 22 Mei - Bekas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Azzuddin Ahmad menyifatkan kemangkatan Sultan Ahmad Shah sebagai kehilangan besar dalam bola sepak negara.

Sultan Ahmad Shah mangkat pada pukul 8.50 pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.


Mendengar berita kemangkatan baginda, Azzuddin tidak dapat menyembunyikan rasa sedih memandangkan beliau mempunyai hubungan yang rapat bersama Sultan Ahmad.

“Saya berasa amat sedih di atas kemangkatan baginda, di atas jasa baginda terhadap bola sepak Malaysia. Sepanjang berada di bawah bimbingan tuanku, baginda merupakan seorang yang tegas dan berhati mulia.

“Baginda juga amat menitikberatkan kebajikan serta kemajuan dalam bola sepak negara,” kata Azzuddin.

Azzuddin berkhidmat sebagai Setiausaha Agung FAM dari 2007 hingga 2013 dan kemudiannya menggalas jawatan baharu sebagai Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak Asean berkuatkuasa 1 Jun 2013 hingga 2019. – SUMBER UTUSAN ONLINE 22 Mei 2019 11:20 AM

Pahang cuti esok, tempoh berkabung 40 hari


NORAWAZNI YUSOF | 22 May 2019
 
Salehuddin (kiri) bersama Abdul Rahman ketika mengadakan sidang media khas mengenai pengumuman kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Wisma Sri Pahang, hari ini.
KUANTAN - Kerajaan negeri mengumumkan esok sebagai cuti umum bagi Pahang dan tempoh berkabung selama 40 hari bagi memberi penghormatan terakhir kepada kemangkatan Sultan Pahang kelima, Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.


Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Salehuddin Ishak berkata, tempoh berkabung itu ditetapkan bermula hari ini.

Beliau juga mengarahkan semua acara dan program berbentuk hiburan yang dijadualkan di seluruh Pahang dibatalkan selain semua bendera negeri dikibarkan separuh tiang.


"Bagi tempoh perkabungan ini membabitkan rakyat selama 40 hari, manakala bagi kerabat Diraja pula selama 100 hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Ahmad Shah raja disenangi rakyat

"Istiadat pemakaman jenazah Almarhum dijangka akan disempurnakan selepas solat Zuhur esok di Makam Diraja Pekan," katanya dalam sidang media khas di sini, hari ini.

Turut hadir Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.

Beliau berkata, semua masjid dan surau di Pahang juga diminta mengadakan majlis tahlil dan doa selamat bermula malam ini.


Jelasnya, rakyat boleh menziarahi jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bermula 9 malam ini.

“Rakyat dibenarkan menziarah jenazah Almarhum jam 9 malam ini di Balairung Seri Istana Abu Bakar Pekan sehingga jam 9 pagi esok.

"Bagi orang kenamaan pula boleh memberi penghormatan terakhir bermula jam 11 pagi esok, sehinggalah jenazah dibawa ke Makam Diraja bagi urusan pengebumian," katanya.

Jenazah dijangka tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kira-kira jam 5 petang ini sebelum dibawa terus ke Istana Abu Bakar, Pekan.
SUMBERArtikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/29310/BERITA/Nasional/Pahang-cuti-esok-tempoh-berkabung-40-hari?utm_source=izooto&utm_medium=push_notifications&utm_campaign=Pahang cuti esok tempoh berkabung 40 hari&utm_content=&utm_term=
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Monday, 20 May 2019

Pahang terlalu bergantung kepada Nwakaeme: Dollah


BERNAMA | 20 May 2019
 
Dollah Salleh

SKUAD Pahang terlalu bergantung kepada penyerang import, Dickson Nwakaeme sehingga ketiadaannya menjejaskan peluang untuk mencipta kemenangan, akui jurulatihnya Dollah Salleh.


Perkara itu juga menurut Dollah adalah penyebab mengapa Tok Gajah sekadar seri tanpa jaringan semasa bertemu Perak pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini, malam tadi.

"Perkara ini perlu dielakkan kerana tidak mencerminkan Pahang sebagai pasukan yang terdiri daripada pemain profesional. Kita sering mengingatkan mereka, tetapi pemain masih tetap mengharapkan Nwakaeme untuk mencipta jaringan.


"Mereka perlu sedar kita bukan bermain seorang atau secara individu tetapi turun dengan kesebelasan utama di atas padang...kita melakukan pelbagai cara untuk mengatasinya termasuk meletakkan Mohamadou Sumareh di posisi penyerang," katanya selepas perlawanan.

Dollah bagaimanapun mengakui perubahan posisi Sumareh dalam perancangan pasukan itu kini mula menampakkan hasil positif meskipun belum sepenuhnya. "Sumareh juga nampak sudah semakin selesa bermain di posisi penyerang cuma kita belum mendapat gandingan serasi untuknya. Ia berbeza apabila Sumareh berganding dengan Nwakaeme kerana persembahan mereka nampak lebih mantap," katanya.

Sementara itu, pengendali Perak Mehmed Durakovic mengakui persembahan The Boss Gaurus pada perlawanan itu tidak begitu baik kerana beberapa pemain baharu mereka belum cergas sepenuhnya untuk berdepan Pahang.

"Para pemain kami beraksi dalam kelas berbeza dan struktur permainan kami adalah baik. Walaupun seri, ia masih baik memandangkan kami mendapat satu mata di tempat lawan," katanya. -Bernama
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/28972/BERITA/Sukan/Pahang-terlalu-bergantung-kepada-Nwakaeme-Dollah© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Cheng Hoe tidak senang duduk


Persiapan Harimau Malaya dijangka terjejas susulan kecederaan Syahmi
Mohamad Firdaus Abdullah
21 Mei 2019 8:51 AM
 CHENG HOE resah dengan kecederaan menimpa Syahmi menjelang persiapan
CHENG HOE resah dengan kecederaan menimpa Syahmi menjelang persiapan Harimau Malaya menghadapi perlawanan persahabatan dan pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada bulan depan.

KECEDERAAN yang dihadapi pemain Harimau Malaya, Muhammad Syahmi Safari membuatkan jurulatihnya, Tan Cheng Hoe tidak senang duduk memikirkan persiapan pasukan menjelang aksi persahabatan dan pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada bulan depan.

Nasib salah seorang tonggak utama skuad Harimau Malaya kini dalam keraguan selepas Syahmi mengalami kecederaan bahagian atas buku lali kanan ketika beraksi pada saingan Liga Super bersama Selangor Sabtu lalu.


Perkara tersebut membuatkan Cheng Hoe perlu memikirkan alternatif terbaik sekiranya pemain berusia 21 tahun itu tidak dapat menggalas tanggungjawab bersama skuad negara meskipun berada dalam senarai awal 26 pemain yang dikeluarkan minggu lalu.

“Saya mendapat berita berkenaan kecederaan Syahmi dan berharap ia tidak begitu serius.

“Apabila mengetahui perkara ini, sudah tentu saya risau kerana semua tahu bahawa Syahmi merupakan tonggak utama pasukan dan sangat berpengalaman bersama skuad Harimau Malaya.

“Apa pun, saya akan tunggu keputusan ujian imbasan pengimejan resonans magnetik terlebih dahulu bagi mengetahui tahap sebenar kecede­raannya.

“Sekiranya ia serius, saya akan duduk berbincang dengan barisan kejurulatihan untuk mencari pengganti sesuai bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sebagai rekod, skuad negara bakal memulakan kem latihan pusat pada 27 Mei ini sebelum menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Nepal di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 2 Jun depan. Perlawanan persahabatan itu diadakan sebelum berlangsungnya aksi pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Timor Leste di stadium sama pada 7 dan 11 Jun depan.
KOSMO ONLINE 21 Mei 2019 8:51 AM