Ketika saingan peringkat
kumpulan Piala Dunia di Brazil hanya tinggal 28 hari, Chile kini menghitung
hari menyiapkan kesebelasan terkuat bagi menghadapi cabaran sengit Kumpulan B.
Pasukan Amerika Selatan itu
diletakkan bersama juara Eropah yang juga juara dunia, Sepanyol, Belanda dan
Australia.Cerita menarik skuad itu sudah
dihitung peminat mereka. Jika mereka mara selaku naib juara Kumpulan B, mereka
berkemungkinan besar berdepan pasukan tuan rumah dan juara dunia lima kali,
Brazil pada pusingan kedua.
Apa saja keputusan tiga
perlawanan terbabit, peminat Chile lebih mengharapkan tonggak utama, Arturo
Vidal kembali cergas.
Foto
Mereka yakin Vidal akan sembuh
daripada pembedahan dilalui tepat pada masa kempen Piala Dunia mereka bermula
bagi membolehkan Chile meneruskan rekod cemerlang. Chile hanya tewas dua
daripada 15 perlawanan tahun lalu termasuk seri menentang Sepanyol dan
kemenangan mengatasi England pada perlawanan persahabatan.
Vidal kreatif, memiliki gerakan
menarik dan pantas memecah masuk pertahanan lawan turut yakin dapat pulih
daripada kecederaan untuk beraksi pada Piala Dunia.
Dia menjalani pembedahan lutut
kanan minggu lalu, lima minggu sebelum perlawanan pertama negaranya di Brazil.
Chile membuka perlawanan menentang Australia pada 13 Jun, Sepanyol (18 Jun) dan
Belanda pada 23 Jun.
Vidal bertindak bersama Alexis
Sanchez dan Claudio Bravo selaku nadi utama menjayakan kempen Chile pada penampilan
kali kelapan pada Piala Dunia.
“Pembedahan berjalan lancar,”
kata Vidal menerusi tweeter sebaik pembedahan itu selesai.
“Sekarang, saya akan memberikan
persembahan terbaik untuk menyertai rakan sepasukan di Brazil! Selamat berjaya
Chile!”
Pembedahan di Barcelona itu
dilakukan pakar bedah, Ramon Cugat yang turut diiringi doktor pasukan Chile dan
Juventus.
Juventus yang memenangi
gelaran Serie A, Ahad lalu menyatakan Vidal memerlukan pembedahan
‘arthroscopic’ tulang lutut kanan.
“Kami tidak berani mengatakan
Vidal akan sembuh tepat pada masanya kerana Piala Dunia semakin hampir,” kata
Cugat.
“Terdapat banyak faktor perlu
diambil kira. Dia perlu berada dalam keadaan terbaik, dalam keadaan emosi yang
baik dan lututnya memberi tindak balas yang baik. Dia jenis pemain bersemangat
tinggi serta memiliki karakter dan sentiasa positif. Dia seorang pemenang.”
Vidal mewakili Chile pada
peringkat Bawah 20 pada Kejohanan Remaja Amerika Selatan 2007 di Paraguay dan
muncul penjaring terbanyak kejohanan dengan enam gol.
Vidal membuat penampilan senior
pertama pada perlawanan persahabatan Chile menewaskan Venezuela 1-0.
Dia menjadi pemain pilihan
utama di bawah kendalian Marcelo Bielsa sewaktu pusingan kelayakan Piala Dunia
2010 dan beraksi dalam 11 perlawanan.
Dia kini berada dalam senarai
23 pemain terakhir dan menjaringkan lima gol bersama 11 penampilan Chile dalam
laluan layak ke Piala Dunia 2014 di Brazil.
Artikel ini disiarkan pada :
2014/05/15 rujuk MY Metro Online
No comments:
Post a Comment