Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN-dayne.ghazali@utusan.com.my
KUALA LUMPUR - Ibarat mencegah
lebih baik daripada merawat. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersedia untuk
memikirkan langkah tidak membenarkan penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) hadir
pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Darul Makmur, 30 Mei ini.
Menurut Setiausahanya, Datuk
Hamidin Mohd. Amin, mereka sedang mengkaji pelaksanaan idea itu daripada
pelbagai pilihan lain yang sedia ada memandangkan pelbagai langkah telah
diambil sebelum ini, termasuk peningkatan maksimum soal keselamatan namun masih
tidak berhasil membendung tindakan ganas segelintir penonton.
Bagaikan sudah serik dengan
permasalahan keganasan dalam bola sepak, beliau mengakui dengan cara itu pihak
keselamatan tidak bimbang akan berlaku pergaduhan antara penyokong Pahang dan
JDT sama ada di dalam atau luar stadium memandangkan permusuhan antara
kedua-dua pihak semakin menebal semenjak kebelakangan ini.
Setakat ini berdasarkan
mesyuarat JKPT yang terakhir, kami masih bersetuju untuk membenarkan penyokong
lawan untuk hadir dan akan terus memantau perkembangan ini.
Namun, berdasarkan
perkembangan mutakhir ini, memang saya nampak ada segelintir penyokong yang
hadir ke stadium cenderung melakukan keganasan dan kemungkinan perkara ini
(menghalang penyokong JDT hadir) akan dilakukan sambil melihat beberapa pilihan
yang lain.
Saya akui JDT dan dan Pahang
tiap kali perlawanan berlangsung di tempat sendiri, mereka dah tingkatkan
keselamatan sehingga ke tahap maksimum tetapi masalah yang sama tetap berulang
dan saya tidak boleh ketepikan untuk menggunakan langkah berkenaan.
FAM akan bertindak tegas dalam
soal ini dan penyokong kena faham kerana semua benda ini dalam peraturan, jika
tidak puas hati jangan smpai langgar peraturan dan kami (FAM) sama sekali
tidak akan berkrompomi," katanya ketika dihubungi, semalam.
Aksi hebat JDT dan Pahang yang
berakhir dengan keputusan seri 1-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin,
Isnin lalu direncatkan dengan sikap 1,000 penyokong pasukan tuan rumah yang
berkumpul di luar perkarangan stadium selepas tamat perlawanan dan mendesak penyokong
pelawat serta pemain Pahang keluar daripada stadium.
Sementara itu dalam insiden
sama, seorang jurukamera sambilan RTM, Awang Sebawi Awang Halim mendakwa
disepak penyokong JDT.
Sebelum ini, pada aksi Liga
Super, 7 Februari lalu membabitkan antara kedua-dua pasukan, kumpulan penyokong
JDT yang digelar Inter Johor Firm(IJF) membuat rusuhan di luar Stadium Darul
Makmur selepas perlawanan.
Berdasarkan insiden yang
terjadi, Hamidin menjelaskan pihak Sekretariat sedang menunggu laporan
perlawanan daripada Komisioner Perlawanan, Ketua Penyelaras dan pengadil
perlawanan sebelum mempertimbangkan sama ada kes akan dikenakan kepada JDT
melalui Persatuan Bola Sepak Negeri Johor(PBNJ).
Jelas beliau, FAM telah
mengenalpasti beberapa stadium yang dilihat sering kali terjadi isu keganasan
membabitkan penyokong sambil menggesa mereka mencontohi Kelantan dalam soal
mendidik penyokong untuk jangka panjang. RUJUKAN-
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140507/su_01/Dilarang-masuk#ixzz310wQ7EX7
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment