Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH
zuhaily.badlishah@kosmo.com.my
DHAARMA (kanan) mengakui sudah
'tiada hati' untuk melatih skuad hoki negara.
KALAU tiada angin, masakan
pokok bergoyang. Mungkin bidalan kata tersebut sesuai dikaitkan dengan isu
baharu dunia hoki tanah air apabila Muhammad Dhaarma Raj Abdullah mengakui
beliau bersedia melepaskan jawatannya sebagai ketua jurulatih skuad hoki senior
negara.
Perkhabaran itu jelas
memberikan impak kepada skuad hoki negara yang bakal beraksi pada Piala Dunia
Hoki 2014 di The Hague, Belanda, 31 Mei ini.
Apa yang pasti, kehilangan
Dhaarma Raj akan memberikan tamparan hebat kepada Persekutuan Hoki Malaysia
(MHC) untuk mencari pengganti yang sesuai dalam tempoh terdekat ini.
Enggan menjelaskan punca
sebenar, Dhaarma Raj menyifatkan beliau seperti sudah 'tiada hati' untuk terus
bersama skuad hoki negara.
"Memang saya turun sesi
latihan pagi ini (semalam) tetapi saya tidak berpuas hati. Saya masih fikir
sama ada mahu meletakkan jawatan atau tidak (sebagai ketua jurulatih hoki
negara).
"Mungkin saya akan ambil
masa selama satu atau dua hari sebelum membuat keputusan sama ada mahu
meneruskan tugas atau menghantar surat kepada MHC.
"Jika tiada kelibat saya
pada sesi latihan esok (hari ini), mungkin ia sudah terjawab (keputusan untuk
melepaskan jawatan)," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Dhaarma Raj menganggap bekas
jurulatih, Paul Revington dan beberapa pengendali tempatan masih layak untuk
mengemudi skuad negara pada kejohanan berprestij itu.
"Jika saya tiada, saya
percaya Revington masih boleh bawa (latih) pasukan atau jurulatih-jurulatih
tempatan yang lain," ujarnya.
Sebelum ini, Dhaarma Raj yang
'dinaikkan pangkat' daripada skuad remaja ke pasukan senior negara mengambil
alih tugas daripada Revington yang melepaskan jawatan ekoran masalah kesihatan
pada Januari lalu.
Dalam tempoh lima bulan,
Dhaarma Raj telah berjaya menyumbangkan kejayaan dengan muncul naib juara Piala
Sultan Azlan Shah, Mac lalu dan tempat ketiga Cabaran Juara-Juara di Kuantan,
Pahang baru-baru ini.
rujukan
ArtikelPenuh:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz31ltAuENd
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment