Oleh Mohd Firdaus
Hashim-firdaushashim@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pengendali Bawah
23 Tahun (B-23) negara Datuk Ong Kim Swee nyata antara individu paling gembira
apabila mengetahui isu membabitkan anak didiknya Ferris Daniel Mat Nasir
akhirnya selesai selepas Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) bersetuju
melepaskan pemain itu kepada FELDA United.
“Satu keputusan yang cukup baik
daripada kedua-dua pihak. Jalan penyelesaian bijak diambil tanpa membabitkan
FAM. Saya amat gembira dengan keputusan positif itu,” katanya.
Menerusi laporan Arena Metro
sebelum ini, jurulatih berasal dari Melaka itu menyuarakan kegelisahan susulan
kekusutan itu kerana bakal menjejaskan perancangannya menghadapi Sukan SEA
Singapura pada Jun.
Jelas Kim Swee, penyerang
kelahiran Kelantan berusia 23 tahun itu sememangnya berada dalam perancangannya
untuk saingan Sukan SEA Singapura, Jun ini.
Pengalaman luas dimiliki Ferris
di peringkat antarabangsa ketika mewakili Harimau Muda A bermain dalam Liga
Australia musim lalu, di samping aksi persahabatan amat ditagih.
“Dia perlu rebut tempat dalam
pasukan FELDA bagi membantunya beraksi secara lebih kerap. Saya akan memantau
permainannya, kerana dia antara tonggak penting pasukan saya nanti.
“Keistimewaan Ferris, dia
memiliki larian pantas dan mampu menggelecek pertahanan lawan dengan baik,”
katanya.
Artikel ini disiarkan pada :
Sabtu, 7 Mac 2015 @ 4:31 AM
KIM Swee (tengah) gembira
dengan keputusan KAFA.
- SUMBER:
http://www.hmetro.com.my/node/35196#sthash.XTzx7mHU.dpuf
No comments:
Post a Comment