Ad

Friday, 6 March 2015

Perak ikat Kelantan; lonjak pendahulu baharu Liga Super

JUMAAT, 6 MAC 2015 @ 11:11 PM
 
KUALA LUMPUR: Perak gagal mengaut peluang di laman sendiri apabila sekadar mampu seri 0-0 ketika menentang Kelantan dalam saingan bola sepak Liga Super di Stadium perak, Ipoh, malam ini.

Namun, sesuatu yang menceriakan kira-kira 20,000 penyokong tuan rumah adalah keputusan dalam perlawanan keempat ini melonjakkan skuad The Bos Gaurus itu selaku pendahulu baharu liga - sekurang-kurangnya untuk tempoh 24 jam.

Ini adalah perlawanan tunggal Liga Super hari ini dan posisi itu mungkin berubah esok andai pendahulu sebelum ini, FELDA United yang bakal menentang kelab Singapura, LionsXII di tempat sendiri.

Kelantan pimpinan George Boateng juga melonjak ke tempat ketiga dan ia juga mungkin bersifat sementara.

SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE 6.3.2015

No comments:

Post a Comment