Ad

Saturday, 2 July 2016

PERASMIAN PERTUBUHAN PENEROKA FELDA BUKIT GOH, KUANTAN PAHANG

Sejak Felda ditubuhkan masyarakat Peneroka telah menerima pelbagai faedah tidak sahaja semata-mata berkaitan dengan pendapatan tetapi juga soal-soal sosial seperti pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas lain yang disediakan di kawasan pembukaan Felda yang baru. Para peneroka sendiri tidak ketinggalan menjalankan pelbagai kegiatan untuk memperbaiki nasib mereka.  Pada hari ini 2 Julai 1989, Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri telah merasmikan Pertubuhan Peneroka Felda Bukit Goh, Kuantan, Pahang. Penubuhan peneroka ini bertujuan untuk meningkatkan lagi penglibatan dan peranan Ketua-ketua Peneroka dalam mengambil alih pengurusan pembangunan sosio ekonomi oleh peneroka di rancangan mereka sendiri. Dan apabila sudah mempunyai kemampuan pertubuhan- pertubuhan sebegini akan mengambil alih pengurusan rancangan sepenuhnya apabila kemampuan sudah terbukti. Dengan adanya, pertubuhan-pertubuhan sebegini akan dapat menambahkan peluang para peneroka terlibat secara langsung dalam membuat keputusan-keputusan dasar di peringkat rancangan khususnya dan akhirnya peneroka akan dapat meninggikan pendapatan mereka.

SUMBER-http://www2.arkib.gov.my/hids

No comments:

Post a Comment