13 Mei 2014
Terengganu
KUALA TERENGGANU - Anggota
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi Roslee Daud mengisytiharkan keluar
daripada Umno dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.
Roslee yang juga Pengerusi
Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri
dalam salinan surat bertarikh 13 Mei yang dihantar kepada Bernama pagi ini
berkata: "Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam
parti berkuat kuasa serta merta."
Awal hari ini, bekas Menteri
Besar Terengganu dan Adun Kijal Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil Ghazali
Taib juga mengisytiharkan keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas
masing-masing bagi DUN kawasan Kijal dan Ajil.
Surat Roslee dihantar kepada
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan salinan kepada
speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu.
Semalam Ahmad meletak jawatan
sebagai Menteri Besar Terengganu. Dengan keputusan Roslee menyertai Ahmad dan
Ghazali sebagai wakil Bebas, Barisan Nasional kini mempunyai 14 kerusi Dun
diikuti Pas (14), PKR (satu).
Menteri Besar Terengganu yang
baharu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah memegang jawatan di
hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah di
sini malam tadi. – Bernama
RUJUKAN SINAR HARIAN ONLINE
13.5.14
No comments:
Post a Comment