Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my
Gert Engels
KUALA LUMPUR - Bekas jurulatih
Mozambique, Gert Engels menjadi calon pilihan untuk membimbing Harimau Malaya
dan kini berada di ibu negara bagi mengadakan perbincangan dengan Persatuan
Bolasepak Malaysia (FAM).
Bekas penolong jurulatih kelab
Liga Jepun, Urawa Red Diamonds itu antara calon jurulatih yang berada dalam
fasa akhir pemilihan FAM untuk mencari pengendali tetap skuad kebangsaan.
Nama jurulatih baharu Harimau
Malaya dijangka diketahui selewat-lewatnya pada pertengahan Jun, tahun depan.
Menurut sumber FAM, pengalaman
Engels yang sebelum ini banyak membimbing kelab di Jepun memberi sedikit
kelebihan buat pengendali berusia 57 tahun itu kerana memahami serba sedikit
budaya bola sepak Asia.
FAM jelas berminat mahu
menggunakan khidmat Engels sebagai jurulatih Harimau Malaya dan beliau pun kini
difahamkan berada di Kuala Lumpur untuk sesi perbincangan.
Kehadirannya di sini
membuktikan FAM benar-benar memandang serius mahu menggunakan khidmat Engels,
namun dalam masa yang sama mereka masih menilai dua lagi calon jurulatih luar
yang turut disenarai pendek.
Selain itu, dua jurulatih
tempatan turut berada dalam radar FAM cuma kelebihan sedikit tampak kepada
Engels yang telah pun berada di sini, segalanya bergantung kepada sesi
perbincangan berkenaan," katanya.
Engels yang dilantik menjadi
jurulatih Mozambique pada 2011 , namun pada 13 Jun 2013 beliau dipecat selepas
pasukan kendaliannya dibelasah 6-1 oleh Guinea pada kelayakan Piala Dunia 2014.
Dalam enam perlawanan Kumpulan
G kelayakan Piala Dunia 2014, Engels hanya mampu membawa Mozambique mencatat
keputusan seri tiga kali dan kalah tiga kali selain menduduki tangga ketiga, di
belakang Mesir dan Guinea.
Pada zamannya sebagai pemain,
Engels pernah beraksi buat kelab Jerman, Borussia Moenchengladbach.
Selain Engels, dua nama calon
jurulatih luar yang turut dikaitkan menduduki kerusi panas Harimau Malaya itu
adalah bekas jurulatih Sunderland dan Thailand, Peter Reid serta bekas pengurus
Leeds United dan Aston Villa, David O' Leary.
Menurut sumber itu lagi,
kemungkinan Datuk Ong Kim Swee untuk dilantik sebagai jurulatih Harimau Malaya
sedikit tipis dan kemungkinan akan terus berperanan sebagai pengendali Harimau
Muda A.
Apa yang difahamkan, Kim Swee
tidak berada dalam perancangan FAM dalam masa terdekat ini untuk dijadikan
sebagai jurulatih Harimau Malaya kerana mahu beliau terus memberi penekanan
kepada pembangunan skuad Harimau Muda A.
FAM tidak mahu tergesa-gesa
melantik Kim Swee selaku jurulatih Harimau Malaya kerana berpandangan lebih
baik buat beliau mendapatkan seberapa banyak pengalaman," katanya.
Jurulatih PDRM dan bekas pemain
kebangsaan, Dollah Salleh antara calon dalam kalangan jurulatih tempatan,
selain Kim Swee.
RUJUKAN
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140513/su_02/Engels-calon-jurulatih-Malaysia#ixzz31YHCrARb
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment