Oleh Wan Zulkifli Wan Yaacob
dan Radhuan Hussain
pengarang@utusan.com.my
Sultan Mizan Zainal Abidin
menyampaikan watikah pelantikan kepada Ahmad Razif Abdul Rahman dalam Majlis
Istiadat Perisytiharan Pelantikan dan Lafaz Sumpah Jawatan Menteri Besar
Terengganu di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu, malam tadi. - UTUSAN/HARISH FADZILLAH
KUALA TERENGGANU 12 Mei -
Spekulasi mengenai kedudukan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang kembali
hangat minggu ini, berakhir apabila beliau secara rasmi melepaskan jawatan bagi
membolehkan peralihan teraju kepimpinan negeri.
Peralihan kepemimpinan ke arah
mengukuhkan lagi jentera kerajaan dan parti itu telah mendapat perkenan pihak
istana berasaskan kewajaran langkah tersebut diambil.
Upacara mengangkat sumpah
pelantikan penggantinya, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, 49, yang merupakan Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir dan Pengerusi Jawatankuasa Sains,
Teknologi dan Inovasi, Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air negeri, diadakan di
Istana Syarqiyyah di sini, malam ini.
Walau bagaimanapun, Ahmad tidak
dapat dihubungi untuk mendapatkan reaksi mereka berhubung rombakan yang
berlaku.
Difahamkan, Ahmad telah menemui
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya hari ini berkaitan
dengan soal peralihan kepimpinan itu.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk
Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja, Datuk Ab. Rauf Yusoh
berada di negeri ini hari ini untuk mengadakan pertemuan dengan semua Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) di TH Hotel di sini.
Pertemuan itu berlangsung
secara tertutup selama tiga jam yang berakhir kira-kira pukul 5.15 petang ini.
Ketika ditemui pemberita
selepas itu, Tengku Adnan berkata, pertemuan tersebut diadakan untuk
memaklumkan kepada semua ADUN mengenai pertukaran Menteri Besar.
Menurutnya, semua ADUN memberi
maklum balas positif dan menerima peletakan jawatan Ahmad namun beliau tidak
memberitahu siapa yang menggantikannya.
Tengku Adnan menjelaskan, dalam
pertemuan itu juga, semua ADUN yang hadir akur dengan keputusan Perdana Menteri
atas semangat sebuah parti yang bersatu padu.
Difahamkan, peletakan jawatan
itu selaras dengan keputusan bersama yang dipersetujui bagi membolehkan Ahmad
menyambung tugas selama setahun bagi penggal kedua sebelum melepaskan jawatan
yang berakhir pada 11 Mei lalu.
Ahmad menyandang jawatan
Menteri Besar pada 2008 setelah mengambil alih teraju kepemimpinan negeri
daripada Datuk Seri Idris Jusoh dalam keadaan penuh kontroversi.
RUJUKAN
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140513/po_01/Ahmad-Razif-MB-Terengganu#ixzz31XvkOTqD
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment