- Tengku Adenan
KUALA TERENGGANU, 12 Mei
(Bernama) -- Datuk Seri Ahmad Said, Isnin meletakkan jawatan sebagai Menteri
Besar Terengganu.
Perkara itu disahkan Setiausaha
Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tengku Adnan berkata peletakan
jawatan itu bagi membolehkan pelantikan menteri besar baharu. Bagaimanapun beliau
enggan mendedahkan siapa bakal menggantikan Ahmad, 57.
"Saya datang jumpa ADUN
(Anggota Dewan Undangan Negeri)...seperti dimaklumkan ada pertukaran (menteri
besar), saya maklum balas dan mereka terima dan tidak ada masalah, memang betul
ada pertukaran.
"Kita tunggu (watikah
pelantikan menteri besar baharu) daripada Tuanku Sultan Terengganu (Sultan
Mizan Zainal Abidin) dengan pengesahan daripada pihak istana...dah sah memang
disahkan dia (Ahmad Said) dah jumpa Perdana Menteri letak jawatan hari
ini," kata Tengku Adnan kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan
tertutup dengan beberapa pemimpin UMNO negeri di Kuala Terengganu.
Setiausaha Agung UMNO itu
berkata pertukaran itu tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada UMNO di
Terengganu kerana pemimpin negeri akur kepada keputusan pucuk pimpinan parti.
Spekulasi memuncak akhir-akhir
ini bahawa Ahmad akan digantikan termasuk cakap-cakap kononnya beliau bersetuju
menjadi menteri besar untuk selama setahun selepas pilihan raya umum ke-13
(PRU13) pada 5 Mei tahun lepas.
Ahmad dilantik semula sebagai
Menteri Besar selepas menerima watikah pelantikan daripada Sultan Terengganu
pada 9 Mei tahun lepas.
Beliau yang juga ADUN Kijal
pertama kali dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu pada 22 Mac 2008.
Sepanjang perkhidmatannya,
Ahmad cukup terkenal dengan slogan "Merakyatkan Pentadbiran Dan
Pembangunan" sebagai teraju utama dalam kepimpinan beliau.
Pentadbiran yang mesra rakyat
menjadi tonggak dan keutamaan beliau dalam memastikan kepentingan dan
permasalahan rakyat diselesaikan.
Pada PRU13, Barisan Nasional (BN)
Terengganu menang majoriti mudah 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri
termasuk pilihan raya kecil Kuala Besut pada 24 Julai tahun lalu.
Rujukan-
--BERNAMA
No comments:
Post a Comment