OLEH – AHMAD BIN YAAKOB.
JALAN UTAMA MASUK KE FELDA CEMPAKA JENGKA 2
Tanah Rancangan Felda Jengka 2 terletak
dalam daerah Maran iaitu 15 kilometer dari Bandar Pusat Jengka. Felda Cempaka
Jengka 2 telah dibangunkan pada tahun 1966 dan mempunyai dua peringkat dengan
kawasan kelapa sawit seluas 1,836.72 hektar dan 142.41 hektar kawasan perkampungan. Ladang sawit mula membuahkan hasil pertamanya
pada bulan Januari 1971. Menurut Muhammad Zain Mat, Tanah Rancangan Felda
Jengka 2 mula dibuka pada tahun 1970.[1] Felda Jengka 2 atau dikenali sebagai Felda Cempaka dibuka
pada tahun 1966. Nama Cempaka dipilih berdasarkan hasrat Tun Abdul Razak Hussin
yang memilih nama bunga untuk setiap Felda bermula dari Felda Jengka 1 hingga
Felda Jengka 25.[2]
KAWASAN PERUMAHAN FELDA CEMPAKA JENGKA 2
Seramai 448 keluarga peneroka Melayu ditempatkan
di tanah rancangan ini mulai tahun 1970. Seramai 104 buah keluarga peneroka
Melayu ditempatkan di Peringkat Satu dan 344 keluarga di Peringkat Dua. Dari
jumlah ini pula seramai 134 atau 30% peneroka berasal dari negeri Pahang, 30%
dari Melaka, 17% dari Kelantan, 11% dari Negeri Sembilan dan 12% dari
negeri-negeri lain.[3]
Penduduk Felda Jengka 2 bukan sahaja terdiri daripada masyarakat peneroka,
tetapi juga terdiri daripada mereka yang bekerja sebagai Pegawai Felda,
pekerja-pekerja di Kedai DMart merupakan
milik Felda, guru-guru yang mengajar di
Sekolah Rendah Jengka 2 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2. Kini Felda
Jengka 2 tidak lagi menerima kemasukan keluarga peneroka baru kecuali anak dan
isteri peneroka yang mewarisi tanah pertanian bapa atau suami mereka sebagai peneroka.[4]
[1]Temu
ramah dengan Muhammad Zain Mat pada 5
Mac 2014. Beliau anak peneroka asal Felda Jengka 2 yang dari Melaka. Beliau
kini bertugas sebagai Nazir Kanan di Kuantan, Pahang.
[2] Ibid.
[3] Nordin Hussin, “ Jengka
1966”, (Federal Land Development Authority FELDA, Kuala Lumpur 2001),47.
[4] Temu
ramah dengan Muhammad Zain Mat pada 5
Mac 2014.
No comments:
Post a Comment