KAPTEN Man. City, Kompany
menjulang trofi Liga Perdana England selepas muncul juara hasil kemenangan 2-0
ke atas West Ham United pada aksi penutup tirai di Stadium Etihad semalam.
LONDON – Manchester City
mengesahkan reputasi mereka selaku juara Liga Perdana England musim ini selepas
menewaskan West Ham United pada aksi terakhir liga di Stadium Etihad semalam.
City hanya memerlukan keputusan
seri untuk mengesahkan kedudukan mereka selaku juara meskipun pencabar
terdekat, Liverpool meraih kemenangan pada perlawanan terakhr menentang
Newcastle United di Anfield.
City bukan sahaja memiliki
kelebihan mata sebelum aksi terakhir itu bermula, tetapi juga memiliki
kelebihan dari segi jumlah jaringan berbanding Liverpool.
Pada aksi semalam, City yang
pernah muncul juara pada musim 2012, tampil dengan kelas tersendiri untuk
meranapkan hajat West Ham, namun terpaksa menunggu setengah jam untuk memecah
kebuntuan.
Gol yang dicari-cari City hadir
pada minit ke-39 menerusi jaringan Samir Nasri sebelum kapten, Vincent Kompany
menambah jaringan pada minit ke-49.
Kedudukan 2-0 kekal sehingga
tamat perlawanan, sekali gus mengesahkan gelaran juara liga musim ini menjadi
milik City.
Liverpool yang kali terakhir
muncul juara 24 tahun lalu, terpaksa bekerja keras untuk menyekat Newcastle
sebelum meraih kemenangan 2-1.
Begitu pun, Newcastle terlebih
dahulu membuka jaringan menerusi jaringan sendiri pertahanan Liverpool, Martin
Skrtel pada minit ke-20 sebelum Daniel Agger dan Daniel Sturridge memastikan
kemenangan The Reds pada minit ke-63 dan 65.
Kemenangan tersebut tidak cukup
buat Liverpool untuk bergelar juara selepas kali terakhir melakukannya pada
tahun 1990.
Norwich, Fulham dan Cardiff
City yang menghuni tangga terbawah liga diturunkan pangkat ke Liga Kejuaraan
musim depan.
Dua pasukan dari Liga
Kejuaraan, Leicester dan Burnley dinaikkan pangkat ke Liga Super manakala satu
lagi pasukan akan ditentukan menerusi playoff. – Agensi
Rujukan- http://www.kosmo.com.my/kosmo.
No comments:
Post a Comment