Pemain JDT Luciano Gabriel
Figueroa meraikan jaringannya bersama Jorge Pereyra Diaz dan Mohd Amri Yahyah
pada perlawanan Liga Super JDT menentang Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunus
Larkin di sini hari ini. - BERNAMA
KUALA LUMPUR - Kesilapan
penjaga gol Johor Darul Ta'zim, Mohd. Izham Tarmizi pada minit terakhir
membantutkan hasrat Harimau Selatan untuk mendapatkan tiga mata penuh ketika
melayan kunjungan Pahang dalam aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos,
Johor Bahru semalam, apabila kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 2-2.
Keputusan itu juga menyebabkan
kedua-dua pasukan mampu tercicir semakin jauh daripada pendahulu, Selangor yang
akan menentang Sime Darby malam ini.
Walaupun mendahului 2-1 hingga
minit ke-88, pemain sayap kiri Tok Gajah, R. Gopinathan mengecewakan JDT
apabila percubaannya dari sebelah kiri gagal ditampan kemas oleh Izham yang
menyaksikan bola melantun ke dalam gawang.
Sebelum itu, Luciano Figueroa
meletakkan JDT di hadapan pada minit ke-26 namun berjaya disamakan oleh
Azamuddin Akil sepuluh minit kemudian sebelum tuan rumah sekali memimpin
permainan menerusi Safiq Rahim, minit ke-48.
Dalam perlawanan itu, kedua-dua
pasukan dilihat lebih berhati-hati dalam mengatur serangan sebaik perlawanan
bermula.
Usaha berterusan anak buah
Bojan Hodak akhirnya berhasil selepas penyerang dari Argentina, Figueroa
menyambut umpanan pemain senegara, Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-26.
Namun kelebihan yang dimiliki
JDT tidak bertahan lama apabila gerakan solo Gopinathan dari garisan tengah
berjaya menewaskan pemain pertahanan lawan, Mahali Jasuli sebelum disudahkan
oleh Azamuddin.
Masuk babak kedua perlawanan,
JDT sekali lagi mendahului menerusi Safiq Rahim pada minit ke-48 yang
menyempurnakan hantaran Diaz dari kiri.
Pahang menggandakan asakan dan
kerja keras mereka membuahkan hasil apabila menyamakan kedudukan pada minit
ke-88 setelah rembatan Gopinathan ditampan masuk oleh Izham ke gawang sendiri.
Di Stadium Negeri, Sarawak
meraih kemenangan 2-1 ke atas PKNS FC melalui jaringan Joseph Kalang Tie pada
minit ke-57 dan percubaan solo Muamer Salibasic, minit ke-83 sementara gol
pelawat terhasil menerusi gol Mohd. Fauzan Dzulkifli pada minit ke-77 dalam
perlawanan yang menyaksikan pergaduhan sesama penonton.
RUJUKAN-
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140517/su_02/JDT-lepas-peluang-selepas-dua-kali-mendahului#ixzz31vbkef00
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment