KUALA LUMPUR 16 Mei - Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melahirkan penghargaan kepada
semua warga pendidik atas sumbangan yang mereka curahkan dalam mendidik anak
bangsa.
Beliau mengakui guru memikul
beban melahirkan pelajar berilmu dan berkebolehan, yang bersedia untuk mewarisi
perjuangan dan menyumbang kepada pembangunan negara.
"Tanggal 16 Mei setiap
tahun, Hari Guru disambut di seluruh negara bagi menghargai jasa dan pe
ngorbanan guru yang telah
bersusah payah memerah keringat mendidik anak bangsa dan mendorong mereka ke
arah menjadi insan cemerlang dalam apa jua lapangan yang diceburi.
"Kita berterima kasih
kepada guru yang yang begitu banyak berjasa, berkorban masa dan tenaga dan
tidak pernah jemu melaksanakan tanggungjawab mereka yang besar ini,"
katanya dalam catatan di laman blog www.1malaysia.com.my sempena sambutan Hari
Guru hari ini.
Perdana Menteri berkata tugas
dan tanggungjawab yang digalas warga pendidik amat berat dan mencabar, justeru
mereka wajar dihargai.
"Bagi pihak diri saya dan
seluruh rakyat Malaysia, Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua warga
pendidik atas sumbangan mereka yang tidak ternilai demi kemakmuran bangsa dan
tanah air. Terima Kasih Cikgu," kata Najib. – BERNAMA RUJUKAN-
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140517/dn_03/PM-hargai-jasa-warga-pendidik#ixzz31vYWXcho
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment