Berisiko tinggi ditenggalami
air, berkemungkinan terputus hubungan
Oleh AMIR SARIFUDIN
(amir.mansor@utusan.com.my) | 03 November 2014 1:38
AHMAD NAZLAN IDRIS (dua dari
kiri) bertanya sesuatu kepada Ahmed
AHMAD NAZLAN IDRIS (dua dari
kiri) bertanya sesuatu kepada Ahmed Najabah Zuel (kiri) ketika meninjau
persediaan dan peralatan bot Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah di Jerantut,
Pahang, semalam.
JERANTUT 2 Nov. - Sebanyak 21
lokasi dan kampung di daerah ini dikenal pasti sebagai berisiko tinggi
ditenggalami air selain berkemungkinan besar terputus hubungan apabila berlaku
banjir.
Berdasarkan keadaan itu,
agensi-agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia, Pejabat Kesihatan
Daerah, Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan
agensi-agensi lain seperti Majlis Daerah dan sukarelawan telah diminta bersiap
sedia terutama dalam operasi memindahkan penduduk, menyelamat selain
menyalurkan bantuan perubatan serta makanan jika berlaku banjir.
Antara kampung yang berisiko
terputus hubungan adalah Kampung Sungai Siam, Kampung Mat Daling, Kampung
Bantal, Kampung Gintong dan Kampung Sepial. Lain-lain adalah Kampung Pagi,
Kampung Kuala Sat, Kampung Gusai, Kuala Tahan, Kampung Merting, Kampung Labu,
Kampung Batu Balak, Jerantut Fery, Kampung Paya Garuk, Kampung Paya The,
Simpang PPPTR, Kampung Masjid, Kota Gelanggi 1 & 3, Kampung Kelola, Kampung
Durian Hijau dan Kampung Jeransang.
Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad
Nazlan Idris memberitahu, berdasarkan pengalaman pada banjir tahun lalu,
bantuan helikopter turut diguna bagi menyalurkan bantuan kepada penduduk yang
terputus hubungan terutama di kawasan Ulu Tembeling.
Menurutnya, kali ini
agensi-agensi berkenaan telah diminta memastikan peralatan dan jentera
pengangkutan diletakkan dalam keadaan siap sedia serta berkeadaan baik.
“Tahun lalu helikopter Jabatan
Bomba dan Penyelamat telah diguna di kawasan Kuantan yang dilanda banjir, jadi
ketika itu kita terpaksa meminta bantuan helikopter Tentera Udara Diraja
Malaysia (TUDM) untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk yang terperangkap
dalam banjir di kawasan Ulu Tembeling.
“Selain agensi kerajaan
diletakkan dalam keadaan siap sedia, kita juga meminta penduduk supaya sentiasa
berhati-hati dan mengikut arahan berpindah dari pihak berkuasa apabila berlaku
banjir,’’ katanya ketika melawat dan meninjau persiapan banjir di Balai Bomba
dan Penyelamat, di sini hari ini.
Dalam lawatan itu, Ahmad Nazlan
diberi taklimat oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut, Penolong
Penguasa Ahmed Najabah Zuel.
Menjawab pertanyaan, beliau
berkata, seramai 21 anggota bomba yang ada pada masa ini pada dasarnya tidak
mencukupi untuk menangani masalah banjir di daerah ini.
Sehubungan itu, katanya,
terdapat 136 anggota bomba sukarela yang perlu digerakkan bagi membantu
agensi-agensi kerajaan dalam menangani masalah banjir.
“Bomba daerah ini hanya
mempunyai empat buah bomba sahaja untuk membantu penduduk. Anggota bomba sukarela
amat penting dan oleh itu kita perlu pastikan bahawa anggota-anggota sukarela
ini aktif dan turut diletakkan dalam keadaan siap sedia,’’ katanya.
Sementara itu, Ahmed Najabah
memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penduduk berkaitan
banjir antara 10 dan 15 kali setiap hari pada musim banjir tahun lalu.
“Jumlah panggilan kecemasan
berkaitan banjir ini memang banyak dan kita terpaksa bertugas 24 jam tanpa
henti selama lebih 10 hari. Pada masa sama kita juga perlu meletakkan anggota di
balai bagi menghadapi panggilan kecemasan lain seperti kebakaran, kemalangan
dan sebagainya. Sebab itu kita memerlukan bantuan agensi lain apabila berlaku
banjir,’’ katanya.
- See more at:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/21-lokasi-banjir-dikenal-pasti-1.20018#sthash.RtHzQOsw.dpuf
No comments:
Post a Comment