Ad

Sunday, 23 November 2014

Piala AFF Suzuki: Separuh masa pertama Malaysia-Myanmar sengit tanpa jaringan




 
PEMAIN Malaysia, Gary Steven Robbat (tiga dari kanan) dilayangkan kad merah oleh pengadil ketika perlawanan menentang Myanmar pada aksi kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014 petang ini. - Foto AFP

SINGAPURA: Separuh masa pertama aksi kumpulan B Piala AFF Suzuki antara Malaysia bertemu Myanmar berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Perlawanan berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura menyaksikan Malaysia terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Gary Steven Robbat dilayangkan kad merah oleh pengadil pada minit ke-33, selepas mengasari pemain lawan.

Malaysia memiliki peluang pertama mencipta jaringan pada minit ke-41 menerusi sepakan percuma Amri Yahyah, namun berjaya dipatahkan penjaga gol Myanmar, Thu.

Thu sekali lagi beraksi cemerlang pada minit akhir perlawanan separuh masa pertama selepas berjaya menepis keluar bola hasil sepakan percuma oleh Mahali Jasuli.
 
PENYOKONG Malaysia memenuhi Stadium Jalan Besar, Singapura untuk memberi sokongan kepada pasukan negara pada aksi mula kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014 petang ini. - Foto Twitter AFF Suzuki
Sumber-BERITA HARIAN ONLINE Ahad, 23 November 2014 @ 7:01 PM

No comments:

Post a Comment