23 November 2014 1:21 AM
Que Ngoc Hai
HANOI – Pemain gantian, Patrick
Reichelt meledak dua gol untuk membantu Filipina bangkit daripada ketinggalan
0-1 sebelum membenam Laos 4-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan A Piala AFF Suzuki,
semalam.
Khampheng Sayavuth mengejutkan
The Azkals apabila meletakkan Laos di depan pada minit ke-21 menerusi sepakan
percuma.
Namun, Simone Rota berjaya
menyamakan kedudukan pada minit ke-40 selepas menanduk bola hasil sepakan
sudut.
Kapten Filipina, Phil
Younghusbang meletakkan pasukannya di depan beberapa saat sebelum tamat separuh
masa pertama.
Reichelt memastikan kemenangan
besar The Azkals dengan menambah dua gol pada minit ke-77 dan 88 di Stadium My
Dinh, Hanoi.
Laos kurang melakukan asakan,
namun masih mampu mencipta jaringan di awal permainan.
Filipina yang memasang misi
untuk memperbaiki pencapaian separuh akhir pada 2012 lebih menonjol dengan
mengatur banyak percubaan.
Tandukan Rota yang menyambut
sepakan sudut Manuel Ott berjaya menaikan semangat Filipina.
Ketika perlawanan hampir tamat
separuh masa pertama The Azkals berada di hadapan apabila Younghusband berjaya
menanduk masuk gol antarabangsa yang ke-41.
Filipina menambah jaringan pada
minit ke-77 selepas pemain gantian Reichelt menerima lorongan cantik daripada
Younghusband menewaskan Soukthavy. Ketika perlawanan berbaki dua minit,
Reichelt mengukuhkan lagi kedudukan dengan menyumbat jaringan keempat Filipina.
Dalam satu lagi perlawanan
Kumpulan A semalam, Vietnam gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di hadapan
penyokong sendiri selepas sekadar seri 2-2 dengan Indonesia.
Vietnam terlebih dulu berada di
depan seawal minit ke-11 menerusi jaringan Que Ngoc Hai, namun selang 22 minit
kemudian pihak skuad Garuda berjaya menyamakan kedudukan menerusi Zulham
Zamrun.
Memasuki babak kedua, kedua-dua
pasukan cuba menggandakan asakan dan hasilnya Vietnam sekali lagi berada di
hadapan melalui jairngan Le Cong Vinh pada minit ke-68.
Bagaimanapun nasib tidak
menyebelahi mereka apabila Indonesia berjaya mencuri mata perlawanan selepas
Samsul Arif Munip menjaringkan gol ketika perlawanan berbaki enam minit.
Indonesia bakal berdepan
Filipina pada Selasa depan dan mereka perlu menang dalam perlawanan tersebut
bagi mendapatkan tiket ke slot separuh akhir.
Laos pula akan berhadapan juara
AFF enam tahun lalu, Vietnam pada hari yang sama. – agensi
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/i-the-azkals-i-berpesta-di-hanoi-1.27964#sthash.rvpKZsnm.dpuf
No comments:
Post a Comment