Ad

Saturday 29 November 2014

Piala AFF: Malaysia, Singapura 0-0 babak pertama



 
PEMAIN Harimau Malaya, Shukor Adan (kanan) mengasak pemain Singapura, Khairul Amri Kamal pada perlawanan terakhir Kumpulan B Piala AFF di Stadium Nasional, Singapura malam ini. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Singapura terikat 0-0 selepas tamat separuh masa pertama saingan Kumpulan B, Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional di Singapura, sebentar tadi.

Permainan babak pertama yang agak agresif antara kedua-dua pasukan juga menyaksikan tiga kad kuning dilayangkan pengadil, termasuk dua untuk pemain tuan rumah.

Malaysia seharusnya dapat mendahului pada minit ke-43 tetapi rembatan jarak dekat Safee Sali terkena tiang kanan tuan rumah.
Sumber-Berita Harian online 29.11.2014

No comments:

Post a Comment