30 November 2014 1:09 AM
SINGAPURA – “Sebelum melakukan
sepakan, dalam hati saya bercakap satu perkara..kalau dah memang rezeki, bola
ini memang akan masuk dan saya memang berada di konsentrasi tertinggi tanpa
mempedulikan keadaan sekeliling.”
Itu kata penjaring gol kedua
negara, Safiq Rahim selepas membantu Harimau Malaya melangkah ke separuh akhir
Piala AFF dengan membenam Singapura 3-1 di Stadium Nasional, Kallang semalam.
Mengambil keputusan berani
melakukan sepakan penalti yang menjadi hala tuju pasukan negara dalam Piala
AFF, Safiq dengan tenang memperdayakan penjaga gol Singapura, Hassan Sunny
apabila bola menuju ke sebelah kanan sekali gus membenam Singa di laman
sendiri.
“Masih ada semangat dalam
kalangan pemain walaupun Singapura berjaya meraih gol penyamaan di hujung
permainan.
"Jika bagi komitmen 100
peratus sebelum wisel berakhir, kami masih ada peluang.
“Dalam bola sepak, perkara ini
biasa..sesiapa yang buat silap, mereka akan kena.
"Nyata kami berjaya
mengambil kesempatan atas apa yang berlaku,” katanya yang menjaringkan gol
kedua dalam Piala AFF kali ini.
Tambah Safiq, dia berasakan
aura 2010 seakan-akan sudah kembali dalam kem Harimau Malaya dan berharap
mereka mampu mengulangi kejayaan yang sama ketika bertemu Vietnam pada separuh
akhir.
“Moral dalam kalangan rakan
sepasukan jelas begitu tinggi ketika ini, rasa seperti 2010.
“Harap kami meneruskan momentum
ini apabila bertemu Vietnam,” katanya, yang menjadi kapten Harimau Malaya
ketika muncul juara empat tahun lalu.
Sementara itu jurulatih
Singapura, Bernd Stange menerima kekalahan dengan hati terbuka.
Dia mengakui sepakan penalti
kepada Malaysia selepas Shakir Hamzah menolak Amri Yahyah pada minit ke-90
wajar diberikan.
“Malaysia menutup ruang kepada
kami untuk bermain sepanjang perlawanan dan rombakan di bahagian pertahanan
jelas memberi kesan kepada persembahan kami secara keseluruhan.
“Sepakan penalti adalah hak
pengadil dan itu peraturan yang saya belajar.
“Berdasarkan apa yang saya
lihat pada pandangan pertama, ia bukan penalti tetapi saya mahu lihat dahulu
ulang tayang video,” katanya. – MINGGUAN
- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kalau-dah-rezeki-8211-safiq-1.30716#sthash.AcH4s6dq.dpuf
No comments:
Post a Comment